Nikola_Tesla
Nikola_Tesla

Nikola_Tesla

Nikola Tesla (10 Julai 1856 - 7 Januari 1943) merupakan seorang pereka, ahli fizik, jurutera mekanik dan jurutera elektrik. Beliau dilahirkan di Smiljan,Croatia- Empayar Austria dan menjadi warganegara Amerika Syarikat semasa dewasa. Kerja penyelidikannya merupakan asas penciptaan arus elektrik ulang-alik yang digunakan oleh kebanyakan perkakas elektrik hari ini. Beliau merupakan penyumbang utama di dalam penciptaan barangan elektrik pengguna serta lebih dikenali hasil daripada penyelidikannya yang menghasilkan revolusi di dalam pembangunan bidang elektromagnetik pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Paten dan teori kerja beliau menjadi asas kepada teori arus ulang-alik moden, sistem kuasa elektrik termasuk sistem polifasa elektrik yang digunakan dalam pengagihan elektrik. Tesla pernah menjadi pembantu kepada Thomas Edison.Unit ukuran SI untuk medan magnet B (juga dirujuk sebagai ketumpatan fluks magnet dan induksi magnet), dikenali sebagai tesla. Ia dinamakan sempena menghormati sumbangan beliau di dalam kemajuan bidang elektrik.

Rujukan

WikiPedia: Nikola_Tesla http://books.google.com/?id=-cHJQL8qCEMC&printsec=... http://books.google.com/?id=3W6_h6XG6VAC&printsec=... http://books.google.com/?id=BKX5UYWzVyQC&printsec=... http://books.google.com/?id=Jx4CAAAAYAAJ&vq=tesla http://books.google.com/?id=P0CSxB2aHMcC&printsec=... http://books.google.com/?id=XKiGgl36bkgC http://books.google.com/?id=bUo7vYNkbKQC http://books.google.com/?id=f6oLAAAAIAAJ&pg=PA261&... http://books.google.com/?id=h2DTNDFcC14C http://books.google.com/?id=rwekkS3oD0EC&printsec=...