Nine_Inch_Nails
Nine_Inch_Nails

Nine_Inch_Nails

Nine Inch Nails, (dipendekkan sebagai NIN atau NIИ), ialah sebuah kugiran muzik bergenre rock industri Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan di Cleveland, Ohio pada tahun 1988 oleh Trent Reznor; beliau merupakan anggota paling lama bertahan selain Atticus Ross (sejak tahun 2016).Mereka telah menjual sebanyak lebih 20 juta buah rakaman serta dicalonkan dalam Anugerah Grammy selama 13 kali, pengkaryaan mereka dalam lagu-lagu "Wish" (1992) dan "Happiness in Slavery" (1996) berjaya meraih anugerah tersebut dalam kategori tertentu. NIN disenaraikan majalah Time dalam antara tokoh berpengaruh pada tahun 1997, majalah Rolling Stone juga memasukkan mereka dalam tangga nombor 94 senarai 100 artis terhebat sepanjang zaman mereka.