Ninjutsu_(Naruto)
Ninjutsu_(Naruto)

Ninjutsu_(Naruto)

Ninjutsu (忍術, "Teknik Ninja") secara umumnya merujuk kepada sebarang teknik ninja yang menggunakan kuasa chakra untuk membenarkan penggunanya melakukan suatu gerakan atau tindakan yang mana mungkin boleh dianggap mustahil atau sukar dilakukan. Tidak seperti genjutsu, ninjutsu memberikan efek yang lebih nyata terhadap mangsanya berbanding genjutsu yang hanya menyebabkan gangguan ilusi.Ninjutsu bergantung kepada penggunaan chakra secara lazimnya, di mana ia memerlukan kombinasi dan susunan tertentu proses tanda ikatan untuk mengaktifkannya. Pengguna akan membuat beberapa susunan tanda ikatan untuk mengolah chakra miliknya agar bersesuaian dengan jutsu yang ingin digunakan. Namun begitu, penggunaan kombinasi tanda ikatan tidaklah menjadi suatu kemestian kerana sesetengah jutsu yang dikelaskan senagai "mudah" telah menjadi suatu kebiasaan bagi sesetengah ninja berpengalaman. Ia membenarkan mereka melakukan jutsu-jutsu tersebut tanpa perlu melakukan kombinasi tanda ikatan.Sebagai penambahan, sesetengah ninjutsu boleh diklasifikasikan sebagai jutsu elemen, di mana spesifik elemen (angin, air, api, kilat, tanah) digunakan ketika melancarkannya jutsu tersebut .