Nintendo
Nintendo

Nintendo

Nintendo Co, Ltd (任天堂 株式会社, Nintendo Kabushikigaisha gaisha?) ialah sebuah syarikat multinasional yang bertempat di Kyoto, Jepun. Ditubuhkan pada September 23, 1889 oleh Fusajiro Yamauchi, syarikat ini dahulunya mengeluarkan kad hanafuda buatan tangan. Pada tahun 1963, syarikat ini telah mencuba beberapa ceruk perniagaan kecil, seperti syarikat teksi dan hotel cinta. Nintendo telah berkembang menjadi sebuah syarikat permainan video, menjadi salah satu syarikat yang paling berpengaruh dalam industri dan syarikat Jepun yang ketiga yang paling berharga, dengan nilai pasaran lebih daripada AS$85 bilion. Selain permainan video, Nintendo juga merupakan empunya majoriti Seattle Mariners, sebuah pasukan bola lisut di Seattle, Washington. Menurut laman sesawang Nintendo's Touch! Generations, nama Nintendo diterjemahkan daripada bahasa Jepun kepada bahasa Inggeris bermaksud "Biarkan untung malang kepada Syurga". Pada tarikh 2 Oktober 2008, Nintendo telah menjual lebih daripada 470 000 000 satuan peranti keras (perkakasan) dan 2,7 bilion unit perisian.

Nintendo

Industri Permainan video, elektronik pengguna
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Pendapatan operasi ▼ ¥ 36.1 bilion (FY 2013)[5]
Jumlah aset ▲ ¥ 1.4 trilion (FY 2013)[5]
Output pengeluaran
  • Perkakasan
    23.73 juta (FY 2013)
  • Perisian
    147.02 juta (FY 2013)[4]
Keuntungan ▲ ¥ 7.2 bilion (FY 2013)[5]
Bilangan pekerja 5,195 dalaman, 1,988 luaran (2013)[6]
Jumlah ekuiti ▼ ¥ 1.1 trilion (FY 2013)[5]
Perancang utama
Ibu pejabat Kyoto, Jepun[3]
Laman sesawang nintendo.com
Pengasas Fusajiro Yamauchi
Keluaran Senarai francais Nintendo
Ditubuhkan Kyoto, Jepun (23 September 1889 (1889-09-23))[2]
Hasil ¥ 635.6 bilion (FY 2013)[5]
Pembahagian Senarai pembahagian Nintendo
Didagangkan sebagai TYO: 7974
Jenis Kabushiki gaisha
Perkhidmatan
Nama asal 任天堂株式会社