Non_piangere,_Liù

Non piangere, Liù (Jangan menangis, Liù) ialah sebuah aria yang dinyanyikan oleh Calaf, putera yang namanya tidak diketahui diambil dari babak I dari opera Itali berjudul Turandot, hasil karya penggubah Giacomo Puccini. Libreto ini ditulis oleh Giuseppe Adami dan Renato Simoni. Adegan ini mengambil tempat di hadapan istana besar di negara China. Liù merayu agar Calaf supaya tidak meneruskan cabaran Puteri Turandot untuk menjawab 3 teka-teki yang boleh menyebabkan kepala beliau dipanggal sekiranya jawapan beliau salah. Calaf yang menyintai Puteri tersebut tetap dengan pendiriannya dan memberitahu Liù dengan lembut dan sayu, agar tidak menanagis dan menjaga bapanya kelak sekira sesuatu berlaku kepada beliau. Aria ini dinyanyikan di dalam bahasa ItaliUntuk keterangan lanjut mengenai opera ini, sila rujuk rencana Turandot