Noorshila Amin

Noorshila Amin (lahir 1964) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu "Kad Ucapanmu" dan "Rambu Ramba". Beliau ialah salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-6.[1][2]Beliau pernah menjadi penyanyi di Orkestra Tentera Darat (OTD) dan sempat menyertainya sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1983 dan 1987.[3] Noorshila juga aktif dalam perniagaan menerusi syarikatnya Titanius Global Enterprise yang mengeluarkan rempah dan minuman.[4]