Norway
Norway

Norway

di Eropah  (dark grey)  –  [Petunjuk]Norway adalah nama rasmi Kerajaan Beraja Norway. Nordic ialah Raja berperlembagaan yang menduduki bahagian barat Semenanjung Scandinavia, Jan Mayen, Artik, kepulauan Svalbard dan Pulau Bouvet (tidak tertakluk kepada Perjanjian Antartika). Norway seluas 385.207[2] kilometer persegi. Penduduk seramai 4.9 juta sahaja. Bersempadan dengan Sweden di Timur; utara ialah Finland, Rusia di sebelah timur; di Norway selatan bersempadan dengan Selat Skagerrak, iaitu seberang Denmark. Ibu kota Norway ialah Oslo Pantainya menghadap Lautan Atlantik Utara dan Laut Barents dan banyak fiod.Selama dua abad dikuasai Viking Kristian iaitu Raja Olav Tryggvason pada 994. Perang saudara berakhir pada abad ke-13 apabila Norway keluar dari gabungan Kepulauan British , Iceland dan Greenland. Pada 1380, Norway diserap ke dalam kesatuan Denmark selama empat abad. Pada 1814, Norway menentang diserahkan kepada Sweden dan membentuk Perlembagaan baru.Lalu Sweden menyerang Norway dan membenarkan Norway dengan janji menerima raja Sweden . Referendum 1905 membawa kepada kemerdekaan Norway.Norway kekal berkecuali dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II kemudian menjadi ahli pengasas NATO. Penemuan minyak dan gas pada 1960-an meningkatkan kekayaan ekonomi Norway. Referandum 1972 dan 1994, Norway menolak menyertai Kesatuan Eropah (EU). Antara isu yang dibangkitkan ialah tentang imigresen dan integrasi etnik minoriti, jaminan warga tua dan mengekalkan daya saing ekonomi.Dasar Norway adalah kesatuan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dengan Raja Harald V menjadi sebagai ketua negeri. Jens Stoltenberg dilantik menjadi Perdana Menteri Norway setelah memenangi pilihan raya. Negara Norway terbahagi kepada daerah (fylker) dan majlis perbandaran (kommuner). Walaupun menolak menjadi ahli Kesatuan Eropah menerusi dua referrandum tetapi Norway mengekalkan hubungan rapat dengan EU dan Amerika Syarikat. Norway meneruskan sumbangan kewangan kepada Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) dan menghantar tentera kepada negara bergolak seperti Afghanistan , Kosovo, Sudan dan Libya. Norway adalah antara pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), NATO, Majlis Eropah, dan Majlis Nordic, Kawasan Ekonomi Eropah, WTO, OECD dan Kawasan Schengen.Rezab Norway banyak dalam bentuk petroleum, gas asli, mineral, [[kayu], makanan laut, air tawar, dan kuasa hidro. Norway adalah pengeluar terbesar minyak dan gas asli di luar Timur Tengah. Negara ini mengekalkan model negara kebajikan Nordic dengan penjagaan kesihatan sejagat, subsidi pendidikan tinggi, dan sistem keselamatan sosial yang komprehensif. Pada 2001 hingga 2007, dan pada tahun 2009 dan 2010, Norway diletakkan pada ranking indeks pembangunan manusia tertinggi di dunia.

Norway

• Restoration from German occupation 8 May 1945
Zon masa UTC+1 (CET)
Pemerintahan Raja berperlembagaan, negeri dan demokrasi berparlimen
Gini (2000) 25.8
low · 5th
Perundangan Stortinget
 L Sámediggi
• Constitution 17 May 1814
• Raja King Harald V
• Kepadatan 13.8/km2 (35.7/sq mi) (213th)
• Dissolution of union with Sweden 7 June 1905
Bahasa rasmi Norway (Bokmål and Nynorsk)
• Current coalition (H, V, KrF) [1]
KDNK (PPP) Anggaran 2010 
Mata wang Norwegian krone (NOK)
Format tarikh dd.mm.yyyy
Demonim Norwegian
• Perdana Menteri Erna Solberg (H)
• Musim panas (DST) UTC+2 (CEST)
Ibu kota Oslo
• Bancian 2001 4,503,436
• Presiden Parlimen Tone W. Trøen (H) (2018–2021)
• Anggaran 2019 5,328,212[3] (120th)
Bandar terbesar capital
• Per kapita $84,443[4]
Bahagian memandu right
Kod panggilan 47
• Total $255.285 billion[4]
• Ketua Hakim Negara Toril Marie Øie (2016)
• Unification 872
KDNK (nominal) Anggaran 2010 
• Air (%) 5.73
• Jumlah $414.462 billion[4]
Diiktiraf bahasa serantau Sami Utara, Lule Sami, Kven and Southern Sami
Internet TLD .no2
HDI (2010) ▲ 0.938[5]
Ralat: Nilai HDI tidak sah · 1st

Rujukan

WikiPedia: Norway http://www.nrk.no/magasin/17_mai/1.6612321 http://www.ssb.no/areal/ http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2011/01/we... http://hdr.undp.org/en/media/Lets-Talk-HD-HDI_2010... http://tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagen... https://www.cia.gov/library/publications/the-world... https://www.kartverket.no/Kunnskap/Fakta-om-Norge/... https://www.kartverket.no/Kunnskap/Norges-grenser/... https://www.regjeringen.no/en/the-government/solbe... https://www.ssb.no/en/befolkning/statistikker/folk...