Sejarah Norway

Penduduk pertama ialah budaya Ahrensburg (11 hingga 10 milinia BC) . Kampung Ahrensburg, 25 km (15,53 km) di timur laut Hamburg, negara Jerman ditemui anak panah kayu dan penggali. Alat batu ditemui di Finnmark (budaya Komsa) di utara dan Rogaland (budaya Fosna) di barat daya .

Di bahagian selatan , ditemui alatan memburu dan memancing. Mereka memburu rusa ,beruang , burung , anjing laut , ikan paus , salmon dan halibut. Ukiran di Alta di Finnmark menandakan perkembangan kemajuan di Norway.

Zaman Gangsa

Antara 3000 dan 2500 BC, peneroka baru tiba di timur Norway . Mereka adalah petani Indo-Eropah yang memelihara lembu] dan biri - biri selain menjadi nelayan pantai.

Zaman Besi Pra-Rom

Zaman Besi (500 BC). ditemui alatan manusia mati dibakar, dan kubur mengandungi barang-barang perkuburan. 70 cauldrons gangsa Rom ditemui pada tempayan perkuburan. Inskripsi Norway bertarikh abad ke-3 telah ditemui .

Zaman Migrasi

Pemusnahan Empayar Rom Barat oleh suku-suku Jerman ditandai oleh penemuan kubur para pemimpin yang dilengkapisenjata yang mengagumkan dan objek emas .

Zaman Viking

Zaman pelaut Viking pada 872 Masihi selepas Pertempuran Hafrsfjord di Stavanger . Raja Harald Fairhair memerintah kawasan pantai . Kemudian menguasai Iceland , Kepulauan Faroe , Greenland , dan sebahagian Britain dan Ireland . Bandar moden kini seperti Dublin , Limerick , Waterford telah diasaskan oleh peneroka Norway (dan Denmark). Tradisi Norse perlahan-lahan digantikan dengan agama Kristian pada abad ke-10 dan 11 . Mubaligh raja-raja Olav Tryggvasson dan St . Olav giat di sini . Antara 963-969 AD, Raja Olav Tryggvasson menyerang England dengan 390 buah kapal. Beliau turut menyerang London dan kembali ke Norway pada tahun 995, Olav mendarat di Moster . Lalu beliau membina gereja Kristian pertama di Norway. Dari Moster, Olav belayar ke utara Trondheim dan diiktiraf 995 AD.

Sistem Feudalisme diamalkan di Norway dan Sweden . Liga Hanseatic memaksa kerajaan beraja menyerahkan konsesi perdagangan luar dan ekonomi kerana raja banyak berhutang.

Kalmar Union

Apabila berlaku kematian Haakon V, Raja Norway pada 1319, tiga tahun Magnus Erikson mewarisi takhta sebagai Raja Magnus VII Norway.Pada masa ini kedua-dua raja-raja di Sweden dan Denmark dipilih oleh golongan bangsawan. Maka Sweden dan Norway bersatu di bawah King Magnus VII.

Pada tahun 1349 , wabak penyakit membunuh 50% penduduk Norway.Banyak ladang-ladang terbiar.

King Magnus VII memerintah Norway sehingga 1350, apabila anaknya, Haakon menjadi raja sebagai Haakon VI . Pada 1363, Haakon VI berkahwin dengan Margaret, anak perempuan Raja Denmark ,Valdemar. Apabila Haakon VI mati pada 1379, anaknya, Olaf IV hanya berumur 10 tahun . Olaf dipilih menaiki takhta Denmark pada 3 Mei 1376 . Ibu Olaf dan balu Haakon, Queen Margaret, menguruskan hal ehwal luar negeri Denmark dan Norway .

Margaret berusaha menyatukan kesatuan Sweden dengan Denmark dan Norway dengan Olaf sebagai Sweden.Tetapi Olaf IV tiba-tiba mati.Pada 2 Februari, 1388, Margaret dinobat sebagai raja. Dalam mensyuarat Scandinavia di Kalmar, Erik Pomerania dinobatkan raja Semenanjung Scandinavia. Maka Norway , Denmark , dan Sweden dapat dikawal oleh Ratu Margrethe

Denmark-Norway

Selepas Sweden keluar dari Kesatuan Kalmar pada 1521, Norway kekal bersama dengan Denmark sehingga 1814, selama 436 tahun. Tempoh itu disebut sebagai "Malam 400 Tahun" kerana pusat pentadbiran dan intelek terletak di Copenhagen di Denmark . Apabila Protestantisme diperkenalkan pada 1536, archbishopric di Trondheim dibubarkan dan Norway menjadi sebahagian Denmark, dan pendapatan gereja dimasukkan ke Copenhagen. Selain itu, Norway kehilangan provinsi Båhuslen , Jemtland, dan Herjedalen Sweden, akibat peperangan antara Denmark-Norway dan Sweden.

Kebuluran pada 1695-1696 membunuh kira-kira 10% daripada penduduk Norway.

Kesatuan antara Sweden dan Norway

Selepas Denmark-Norway diserang oleh United Kingdom semasa Pertempuran Copenhagen Norway bersekutu dengan Napoleon . Menerusi Perjanjian Kiel , Denmark menyerahkan Norway kepada Raja Sweden. Iceland, Greenland dan Kepulauan Faroe kekal dikuasai oleh Denmark.

Norway mengambil kesempatan ini untuk mengisytiharkan kemerdekaan dan menerima pakai perlembagaan yang berdasarkan model Amerika dan Perancis, dan melantik putera mahkota Denmark- Norway Kristian Frederik sebagai raja pada 17 Mei 1814 . Hari itu disambut sebagai Syttende Mai dan dikenali sebagai Hari Perlembagaan Norway.

Perang Norway-Sweden berlaku . Sweden cuba menundukkan Norway . Tentera laut British dan Rusia mengepung pantai Norway dan dipaksa menandatangani Konvensyen Moss . Syaratnya Kristian Frederik melepaskan takhta Norway dan Parlimen Norway berkuasa meminda perlembagaan baru. Pada 4 November 1814, Parlimen memilih Charles XIII Sweden sebagai raja Norway dan dengan itu menubuhkan kesatuan dengan Sweden. Di bawah perjanjian ini, Norway mengamalkan perlembagaan liberal dan institusi bebas , berkecuali dan pengasingan perkhidmatan. Berikutan kemelesetan ekonomi ekoran Perang Napoleon, pembangunan ekonomi Norway kekal perlahan sehingga 1830.

Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan nasionalisme Norway. Antaranya dicirikan oleh Henrik Wergeland [1808-1845], Bjørnstjerne Bjørnson [1832-1910], Peter babtis Asbjørnsen [1812-1845], Jorgen Moe [1813-1882]), lukisan ( Hans Gude [ 1825-1903], Adolph Tidemand [1814-1876]), muzik ( Edvard Grieg [1843-1907]), dan juga dasar bahasa.

Raja Karl XIV dianggap sebagai raja yang liberal. Tetapi beliau kejam kerana menggunakan polis rahsia dan sekatan ke atas kebebasan akhbar dan menentang gerakan kemerdekaan Norway. Pada tahun 1854 wanita telah diberikan hak untuk mewarisi harta. Wanita boleh bekerja terutama sebagai guru sekolah.Namun Norway masih jauh dari demokrasi. Kuasa undi masih terhad kepada pegawai dan pemilik harta .

Kehidupan khususnya ekonomi dikuasai oleh golongan bangsawan lelaki profesional yang memenuhi sebahagian besar jawatan penting dalam kerajaan pusat. Pergerakan Thrane adalah satu-satunya "pemberontakan" yang berlaku di Norway pada tahun 1848.

Marcus Thrane adalah utopia sosialis . Beliau mendesak perubahan struktur sosial "dari bawah ke atas."Pada 1848, beliau menganjurkan masyarakat buruh di Drammen dan mempunyai keahlian seramai 500 dan menerbitkan akhbar sendiri. Ahli bertambah menjadi 20,000 orang.

Akhirnya, pemberontakan dapat diatasi. Thrane telah ditangkap dan dihukum penjara selama 3 tahun atas tuduhan jenayah terhadap keselamatan negara. Apabila beliau dibebaskan dari penjara Marcus Thrane berhijrah ke Amerika Syarikat.

Pada tahun 1898, semua rakyat diberi hak mengundi, diikuti oleh semua wanita pada tahun 1913.

Kemerdekaan Norway

Kristian Michelsen , hartawan perkapalan dan negarawan, Perdana Menteri Norway dari tahun 1905 hingga 1907, memainkan peranan utama memisahkan Norway dari Sweden pada 7 Jun tahun 1905. Selepas referendum, pemerintahan beraja ke atas sebuah republik, Parlimen sebulat suara melantik raja dan raja pertama Norway yang bebas sepenuhnya selepas 586 tahun. Beliau mengambil nama Haakon VII .

Perang Dunia I dan II

Semasa Perang Dunia I , Norway bersikap berkecuali, tidak memihak.Tetapi realitinya Norway ditekan oleh United Kingdom untuk menyerahkan angkatan kapal untuk menyertai sekatan perdagangan terhadap Jerman. Kapal marin Norway dengan kelasi Norway dikehendaki belayar di bawah bendera British dan risiko ditenggelam oleh kapal selam Jerman. Oleh itu, banyak kelasi Norway dan kapal telah hilang.

Norway juga berkecuali semasa Perang Dunia II , tetapi Norway telah diceroboh oleh tentera Jerman pada 9 April 1940. Selama dua bulan. tentera Norway menentang Jerman dalam Peperangan Narvik . Pada 10 Jun selepas tewas bantuan British berikut Kejatuhan Perancis .

King Haakon dan kerajaan Norway melarikan diri ke Rotherhithe , London, England dan menentang Nazi menerusi siaran radio. Sehingga 15,000 rakyat Norway menawarkan diri untuk berjuang menentang Jerman.

Setiap Disember,penduduk Norway memberikan pokok Krismas ke United Kingdom sebagai tanda terima kasih kerana bantuan British semasa Perang Dunia II.Mereka mendirikan pokok di Trafalgar Square, London.

Selepas perang

Dari 1945 hingga 1962, Parti Buruh Norway mendapat majoriti mutlak di Parlimen . Kerajaan dipimpin oleh Perdana Menteri Einar Gerhardsen memperkenalkan dasar ekonomi Keynes, menekankan pembiayaan perindustrian , kerjasama antara kesatuan sekerja dan pertubuhan majikan. Kawalan harga dan catuan perumahan dan kereta diteruskan sehingga 1960.

Perikatan zaman perang dengan United Kingdom dan Amerika Syarikat diteruskan. nWalaupun mengejar matlamat ekonomi sosialis, Parti Buruh menjauhkan diri dari komunis (terutamanya selepas penyitaan kuasa Soviet kuasa di Czechoslovakia pada tahun 1948).Hubungan pertahana antara Norway dengan AS diperluaskan .Norway menerima bantuan Rancangan Marshall dari Amerika Syarikat bermula pada tahun 1947, menyertai OEEC dan menjadi anggota pengasas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada tahun 1949.

Pada tahun 1969, syarikat Phillips Petroleum menemui petroleum di Ekofisk, barat Norway. Pada tahun 1973, kerajaan Norway mengasaskan syarikat minyak, Statoil

Norway adalah ahli pengasas Kawasan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA). Dua referendum untuk menyertai Kesatuan Eropah gagal dengan margin kecil pada tahun 1972 dan 1994 . Pada tahun 1981, kerajaan Konservatif yang diketuai oleh Kare Willoch menggantikan Parti Buruh dengan dasar merangsang ekonomi stagflated dengan potongan cukai, liberalisasi ekonomi, pembatalan kawal selia pasaran, dan langkah-langkah untuk membendung inflasi .

Perdana menteri wanita pertama Norway , Gro Harlem Brundtland dari parti Buruh meneruskan pembaharuan seperti keselamatan sosial, cukai yang tinggi, perindustrian alam, dan feminisme . Menjelang akhir 1990-an, Norway mampu membayar hutang asing dan telah mula mengumpul dana .

Pada tahun 2011, pusat pentadbiran Norway di Oslo telah diserang.Kem musim panas Parti Buruh di Pulau Utøya pulau turut diserang , membunuh 76 orang.

Rujukan

WikiPedia: Norway http://www.nrk.no/magasin/17_mai/1.6612321 http://www.ssb.no/areal/ http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2011/01/we... http://hdr.undp.org/en/media/Lets-Talk-HD-HDI_2010... http://tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagen... https://www.cia.gov/library/publications/the-world... https://www.kartverket.no/Kunnskap/Fakta-om-Norge/... https://www.kartverket.no/Kunnskap/Norges-grenser/... https://www.regjeringen.no/en/the-government/solbe... https://www.ssb.no/en/befolkning/statistikker/folk...