Nota_(filem)

Nota (Tulisan Jawi: نوتا; digayakan sebagai NOTA) merupakan sebuah filem psiko-jenayah Malaysia 2015 yang diarahkan oleh Yasu Tanaka di dalam arahan sulung Malaysia beliau. Ia dibintangi oleh Hans Isaac, Maya Karin, Ramli Hassan dan Rin Izzumi. Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri yang menetap di Kuala Lumpur, Erin (Maya Karin) dan Kamal (Hans Isaac) telah pergi ke Taman Negara Bako untuk menyelesaikan masalah perhubungan mereka. Erin dan Kamal berdepan dengan pelbagai masalah dan dibantu oleh Jemat (Ramli Hassan). Masalah yang dihadapi menjadi semakin kusut apabila Erin mengesyaki beberapa perkara yang tidak menyenangkan mengenai suami dan perhubungannya. Filem ini ialah filem terakhir yang dilakonkan oleh Ramli Hassan, yang meninggal dunia pada 7 Mei 2015, tiga bulan sebelum filem ini ditayangkan.[3] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 13 Ogos 2015 dan telah memenangi satu dari empat pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28 melalui Bea Tanaka (Lakon Layar Terbaik).

Nota_(filem)

Bahasa Bahasa Melayu
Cerita oleh Yasu Tanaka
Muzik oleh Christopher Higgs
Disunting oleh Yasuhiko Tanaka
Pengarah Yasu Tanaka
Penerbit Bea Tanaka
Pecah panggung RM 80 ribu[2]
Mula ditayangkan 13 Ogos 2015
Syarikatpenerbitan
42nd Pictures
Sinematografi Maximilian Schmige
Tempoh tayangan 94 Minit
Negara Malaysia
Dibintangi oleh Hans Isaac
Maya Karin
Ramli Hassan
Rin Izzumi
Pengedar Empire Film Solution (Malaysia)
Stripped Entertainment (Amerika Syarikat)
Perbelanjaan RM 1.8 juta[1]