Novosibirsk (
Rusia: Новосиби́рск, disebut [nəvəsʲɪˈbʲirsk]) merupakan bandaraya ketiga terbesar di
Rusia, selepas
Moscow dan
St.Petersburg, dan bandar ini merupakan pusat pentadbiran bagi
Wilayah Novosibirsk. Bandar ini juga, merupakan bandar yang paling besar di kawasan Siberia dan merupakan pusat pentadbiran bagi
daerah persekutuan Siberia, dimana ia terletak di bahagian barat daya. Pembukaan bandar ini bermula dalam tahun
1893. Status perbandaran dicapai, dalam tahun
1904. Kedudukan bandar ini terletak ditepi
sungai Ob. Keluasan bandar ini mencapai 503 km² (194.2 kaki per batu). Mengikut bancian Rusia
2002, bandar ini mempunyai populasi penduduk seramai 1,425,508, dan meletakkan ia merupakan bandar ketiga mempunyai populasi tertinggi di Rusia. Dengan, populasi dan keluasan bandar ini, kepadatan penduduk mencapai 2,834/km² (7,340/kaki per batu).