Nur_Fathia

Nur Fathia Binti Abdul Latiff (dalam tulisan Jawi نور فتحاي عبداللطيفف, lahir 1 September 1987) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1]Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Ummu Hani di dalam drama Hani bersama dengan Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah Ibrahim, Nurul Elfira Loy dan Esma Daniel, sebagai Nabila di dalam drama Nur Kasih dan sebagai Dewi Yusra di dalam drama Dia... Isteri Luar Biasa bersama dengan Shukri Yahaya dan Keith Foo. Dan yang paling terkini dalam drama Menanti Februari bersama dengan Zul Ariffin.[2]