AnophelinaeCulicinaeToxorhynchitinaeNyamuk adalah
serangga tergolong dalam order
Diptera; genera termasuk
Anopheles,
Culex,
Psorophora,
Ochlerotatus,
Aedes,
Sabethes,
Wyeomyia,
Culiseta, dan
Haemagoggus untuk jumlah keseluruhan sekitar 41 genus yang merangkumi 3,500 spesies. Nyamuk mempunyai dua kepak bersisik ( scaled wings ), ( halteres ), tubuh yang langsing, dan enam kaki panjang; bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi
15 mm. Dalam bahasa Inggeris, nyamuk dikenali sebagai "Mosquito", iaitu dari perkataan dalam
bahasa Sepanyol atau
bahasa Portugis yang bererti lalat kecil. Penggunaan perkataan Mosquito bermula sejak tahun
1583. Di
England nyamuk dikenali sebagai ( gnats ).Dalam kebanyakan nyamuk betina, bahagian mulut membentuk
proboscis panjang untuk menembusi kulit mamalia (atau dalam sesetengah kes burung atau juga
reptilia dan ( amphibians )) untuk
menghisap darah. Nyamuk betina memerlukan protein untuk pembentukan telur dan oleh kerana diet nyamuk terdiri daripada madu dan jus buah, yang tidak mengandungi protein, kebanyakan nyamuk betina perlu menghisap
darah untuk mendapatkan protein yang diperlukan. Nyamuk jantan berbeza dengan nyamuk betina, dengan bahagian mulut yang tidak sesuai untuk menghisap darah. Agak pelik nyamuk betina daripada satu genus,
Toxorhynchites, tidak pernah menghisap darah. Larva nyamuk besar ini merupakan pemangsa kepada jentik-jentik nyamuk yang lain.Nyamuk melalui empat tahap yang jelas dalam kitaran hayatnya: telur, larva, pupa, dan dewasa. Tempoh tiga peringkat pertama bergantung kepada spesies - dan suhu. Culex tarsalis boleh melengkapkan kitaran hayatnya dalam tempoh 14 hari pada 20 °C dan hanya sepuluh hari pada suhu 25 °C. Sesetengah spesies mempunyai kitaran hayat sependek empat hari atau sehingga satu bulan. Larva nyamuk dikenali sebagai Jentik-jentik boleh di dapati di lopak atau sebarang bekas berisi
air. Jentik-jentik bernafas melalui salur udara yang terdapat pada hujung ekor. Pupa biasanya seaktif larva, tetapi bernafas melalui tanduk thorakis ( thoracic ) terdapat pada gelung thorakis. Kebanyakan jentik-jentik memakan mikroorganisma, tetapi beberapa jentik-jentik adalah pemangsa bagi jentik-jentik spesies lain. Sesetengah larva nyamuk seperti
Wyeomyia hidup dalam keadaan luar biasa. Jentik-jentik spesies ini hidup dalam air tergenang dalam tumbuhan epifit ( epiphytic
bromeliad ) atau di dalam
air tergenang dalam
pokok periuk kera. Jentik-jentik spesies genus
Deinocerites hidup di dalam sarang ketam sepanjang persisiran pantai.Kebanyakan
kawalan nyamuk moden tidak lagi bergantung kepada
racun serangga merbahaya tetapi menjurus kepada
organisma khusus yang memakan nyamuk, atau menjangkiti mereka dengan penyakit yang membunuh mereka. Kaedah tersebut boleh digunakan walaupun di
Kawasan Perlindungan, seperti "
Forsyth refuge" dan
Seaview Marriott Golf Resort, di mana kawalan nyamuk utama dilaksanakan dan dipantau menggunakan "
killifish" dan
belut muda. Keberkesanannya didokumenkan dengan menggunakan
mikroskop maju bawah air seperti
ecoSCOPE. Bagaimanapun, wabak penyakit bawaan nyamuk masih menyebabkan penyemburan dengan bahan kimia yang kurang beracun (toksik) berbanding yang digunakan pada masa lalu.
Pepatung ( Dragonfly ), juga dikenali sebagai helang nyamuk ( mosquito hawks ), merupakan agen pengawal yang berkesan. Larva Pepatung (naiads) memakan jentik-jentik dalam takungan air sementara pepatung dewasa pula memburu dan memakan nyamuk dewasa, terutamanya
nyamuk harimau asia yang terbang pada waktu siang. Penyemburan nyamuk boleh memburukkan keadaan dan meningkatkan populasi nyamuk dalam tempoh jangka masa panjang sekiranya penyemburan itu menghapuskan pepatung dan pemangsa semulajadi yang lain.Sesetengah nyamuk mampu menyebarkan penyakit protozoa (protozoan) seperti
malaria, penyakit (filarial) seperti
filariasis, dan penyakit bawaan virus seperti
demam kuning,
demam denggi,
encephalitis, dan
virus Nil Barat.
Virus Nil Barat disebarkan secara tidak sengaja ke
Amerika Syarikat pada tahun 1999 dan pada tahun 2003 telah merebak keseluruh negeri dalam
Amerika Syarikat.Berat nyamuk hanyalah 2 hingga 2.5
mg. Nyamuk mampu terbang antara 1.5 to 2.5
km/h.Penghalau nyamuk biasanya mempunyai kandungan aktif berikut:
DEET, sulingan minyak
Catnip -
Nepetalactone,
Citronella atau sulingan minyak
eucalyptus.