Nymphalidae
Nymphalidae

Nymphalidae

dan rujuk teks rencanaNymphalidae merupakan famili yang terdiri daripada sekitar 5,000 spesies kupu-kupu yang tertabur di seluruh dunia, biasanya bersaiz sederhana hingga besar. Kebanyakan spesies mempunyai sepasang tungkai depan yang agak pendek dan kebanyakannya juga meratakan sayap ketika berehat. Kebanyakan spesies Nymphalidae berwarna-warni terang dan merangkumi spesies terkenal seperti maharaja, Nymphalini, Aglais dan Heliconiini. Bagaimanapun, muka bawah sayapnya sering kelihatan kusam berbanding dengan muka atas, sehingga berupa daun layu, maka terhasilnya kesan kripsis yang membolehkan kupu-kupu itu menyorok dalam persekitarannya.