Nynorsk

Nynorsk, secara harfiahnya Bahasa Norway Baru atau Bahasa Norse Baru, ialah salah satu daripada dua jenis piawaian bahasa bertulis bagi Bahasa Norway, selain Bokmål. Dari tahun 1885, apabila parlimen mengisytiharkan mereka adalah rasmi dan saksama, sehingga pengundian baru pada 1929, nama mereka adalah Landsmål dan Riksmål. Piawaian bahasa Landsmål telah dihasilkan oleh ahli bahasa Norway Ivar Aasen ketika pertengahan abad ke-19, untuk menyediakan alternatif berasaskan bahasa Norway berbanding bahasa Denmark, yang biasanya ditulis dan sediki-sebanyak dituturkan di Norway pada waktu itu. Piawaian rasmi Nynorsk sejak itu telah diubah dengan ketara. Satu pecahan kecil yang mempertahankan penggunaan Nynorsk yang lama berasaskan norma Aasen turut wujud dan dikenali sebagai Høgnorsk (Bahasa Norway Tinggi).Dalam masyarakat tempatan, satu perempat perbandaran di Norway mengisytiharkan Nynorsk sebagai bentuk bahasa rasmi mereka dan perbandaran ini mewakili 12% populasi Norway. Perbandaran-perbandaran yang lain sesetengahnya mengambil pendekatan neutral dan sesetengahnya juga mengguna pakai Bokmål sebagai bentuk yang rasmi. Empat daripada 19 kaunti Norway iaitu Rogaland, Hordaland, Sogn og Fjordane dan Møre og Romsdal memilih Nynorsk sebagai bentuk bahasa rasmi. Keempat-empat kaunti itu merangkumi kawasan Norway Barat.

Nynorsk

Asli di Norway
Sebutan akan ditambah
Bentuk-bentuk awal:
Borang standard
Nynorsk (rasmi)
Høgnorsk (tidak rasmi)
Sistem penulisan Rumi (abjad Norway)
Bahasa rasmi di Norway
 Majlis Nordik
Linguasphere 52-AAA-ba to -be
Dikawal oleh Majlis Bahasa Norway
Penutur asli tiada  (tiada tarikh)
(bertulis sahaja)
ISO 639-1 nn
Keluarga bahasa
ISO 639-3 nno
ISO 639-2 nno

Berkaitan