OAG

OAG (juga ditaip sebagai O@G[perlu rujukan]) merupakan sebuah kumpulan rock alternatif Malaysia. Kumpulan ini dikenali umum sebagai peneraju muzik rock alternatif Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1992 dan pada awalnya dianggotai Radhi (vokal dan gitar), Chi (dram), Ivan (gitar), dan Lam (bass) sebelum mengalami perubahan dalam anggota kumpulan.Pada asalnya OAG dikatakan mewakili "Old Automatic Garbage" tetapi kemudiannya ditukar menjadi Orang Asia Genius.[1]Radhi keluar dari kumpulan ini untuk bergerak secara solo pada tahun 2009, menyebabkan ahli-ahli lain menamakan semula kumpulan menjadi OrAnG dengan vokalis yang baru.[2]

OAG

Berasal dari Malaysia
Genre Rock alternatif
Indie
Kegiatan berkaitan OrAnG, The Times
Tahun aktif 1992 - kini
Ahli Radhi - vokal/gitar
Qi Razali/Chi - dram
Ammal Bellamy - gitar utama
Izmer - keyboard/violin
Nazrin Zabidi - bass
Faiz - gitar
Bekas ahli Lam (bass, 1992-95)
Ivan (gitar, 1992-95)
Adin (gitar, 1995-99)
Edmund (bes, 1995-99)
Alim (gitar, 2000-2005)
Niki (bes, 2000)
Farid (dram, 2000)
Andy (gitar, 2001)
Miji (bes, 2001)
Bakri (dram, 2001)
Edwin (2002)
Naza (2002-2005)
David (gitar, 2002)
Rizal (dram, 2002)
Orange (gitar, 2002)
Jim (gitar, 2003-05)
Attan (dram, 2003-05)
Nizam Norani (gitar, 2005-2019)