OB_West

Oberbefehlshaber West (Jerman: singkatan OB West) atau Panglima Tertinggi Barat ialah pemerintah keseluruhan Westheer dan Angkatan Tentera Jerman di Barisan Barat Eropah semasa Perang Dunia II. Ia berada terus dibawah Markas Besar Angkatan Tentera Jerman. Kawasan dibawah pemerintahan OB West berubah mengikut situasi perang. Keluasannya yang paling jauh ialah mencecah sehingga pantai Atlantik Perancis. Menjelang penghujung Perang Dunia II di Eropah ia telah dikecilkan kepada pemerintah pasukan di Bavaria.