OH-23_Raven
OH-23_Raven

OH-23_Raven

OH-23 Raven adalah sebuah helikopter peninjau ringan ataupun Loach yang digunakan oleh tentera Amerika semasa Perang Vietnam.Helikopter ini asalnya direka oleh Stanley Hiller sebagai sebuah helikopter komersial. Tentera Laut Amerika Syarikat kemudian telah mengubah suai rekaan tersebut untuk versi UH-12 bagi kegunaannya. Tentera Darat Amerika Syarikat menggunakan rekaan UH012 sebagai asas rekaan H-23 dan digunakan sebagai helikopter peninjau, utiliti dan juga untuk misi pengeluaran perubatan (MedEvac) dan juga telah digunakan semasa Perang Korea. 100 buah helikopter H-23A model pengeluaran pertama diserahkan untuk kegunaan Tentera Darat A.S pada tahun 1951 dalam konfigurasi ambulans udara (MedEvac) dengan dua tempat usungan (tertutup) di sisi helikopter. Varian ini digunakan secara menyeluruh semasa Perang Korea dalam misi MedEvac dan untuk kegunaan utiliti yang lain.Lebih daripada 2,000 ribu buah helikopter Hiller UH-12/OH-23 Raven telah dibina sehingga pengeluaran ditamatkan dalam tahun 1965. Pengeluaran helikopter jenis ini dimulakan semula dalam tahun 1991.