OKH

Oberkommando des Heeres (OKH) merupakan Markas Besar Tentera Darat Jerman. Ia telah ditubuhkan pada 21 Mei 1935 sebagai sebahagian daripada rancangan Adolf Hitler menenterakan semula Reich Ketiga. Pemerintahnya bergelar Oberbefehlshaber des Heeres (OBdH), Panglima Tertinggi Tentera Darat. Dari tahun 1938 OKH bersama dengan Oberkommando der Luftwaffe (Markas Besar Tentera Udara, OKL) dan Oberkommando der Marine (Markas Besar Tentera Laut, OKM),secara rasminya berada di bawah Oberkommando der Wehrmacht, Markas Besar Angkatan Tentera (kecuali Waffen-SS). Semasa peperangan OKH bertanggungjawab keatas perancangan strategik Kumpulan Tentera Darat dan Tentera Darat, sementara Staf Am OKH pula mengurus perancangan operasi. Setiap Tentera Darat Medan Jerman juga mempunyai satu Armeeoberkommando (AOK) atau markas besarnya. Sehingga saat kekalahan Jerman di Moscow pada Disember 1941, OKH dan stafnya merupakan unit de facto yang paling penting didalam perancangan perang Jerman. Oberkommando der Wehrmacht kemudian mengambil alih posisi ini.