Oak
Oak

Oak

Oak merujuk kepada sebarang pohon atau pokok renek dalam genus Quercus (/ˈkwɜrkəs/;[1] Bahasa Latin: "pokok oak") keluarga Fagaceae. Terdapat sekitar 600 spesies oak di dunia yang masih wujud. Istilah "oak" juga turut muncul dalam nama-nama spesies dalam genus yang berkaitan terutamanya Lithocarpus, serta spesies yang tidak berkaitan seperti Grevillea robusta dan Casuarinaceae. Genus Quercus ini tertumpu taburannya di Hemisfera Utara di mana pohon-pohon yang bermalar hijau hidup di iklim sederhana di luar kawasan garis lintang tropik seperti di Amerika, Asia, Eropah, Afrika Utara. Amerika Utara mempunyai bilangan spesies oak yang terbesar sebanyak kira-kira 90 di Amerika Syarikat dan 160 spesies di Mexico, di mana 109 spesies daripadanya bersifat endemik. China merupakan negara kedua terbesar dengan kira-kira 100 spesies.[2]Pokok oak mempunyai daun-daun yang berpilin, sama ada ia mempunyai lobus yang bergerigi mahupun licin. Buah-buah dan daun pokok ini mengandungi asid tanik,[3] yang membantu melindungi pokok daripada serangan kulat dan serangga.[4]