Kegunaannya Oak

Sebatang pokok oak di Schönderling

Kayu oak bersifat keras dan kuat, dan ia mempunyai ketumpatan sebanyak 0.75 g/cm3 (0.43 oz/in3). Kayu mempunyai ketahanan tinggi terhadap serangan serangga dan kulat kerana ia mengandungi kimia tanin yang sangat tinggi. Ia juga mempunyai corak ira yang sangat menarik, terutamanya apabila kayu tersebut dipotong rentang.

Papan oak yang dipotong rentang sangat berharga ketika Zaman Pertengahan untuk digunakan dalam dalam pembinaan perabot yang bermutu tinggi serta panel dalaman bangunan yang megah, misalnya di ruang debat Bangunan Parlimen British di London. Kayu spesies Quercus robur dan Quercus petraea telah digunakan di Eropah untuk pembinaan kapal terutama sekali kapal-kapal perang[5] sehingga ke abad ke-19. Ia juga digunakan dalam pembinaan bangunan berbingkai kayu di Eropah. Kayu oak masih digunakan hari ini bagi membuat perabot, rerangka bangunan kayu serta venir. Tong penyimpanan wain, sherry, dan arak-arak seperti brandy serta wiski-wiski jenis Ireland, Scotch dan Bourbon yang berumur juga dibuat daripada kayu oak yang diperolehi dari Eropah dan Amerika. Serpihan kayu oak turut digunakan bsebagai bahan bakar untuk untuk pengasapan atau penyalaian ikan, daging, keju[6] dan makanan yang lain.

Keratan rentas batang Quercus suber

Kulit kayu pohon oak putih (Quercus alba) dikeringkan bagi menghasilkan ubatan tertentu. Kulit kayu oak secara amnya juga kaya dengan tanin, yang merupakan bahan penting dalam penyamakan kulit. Biji-bijinya boleh dikisar menjadi tepung ataupun dipanggang bagi menghasilkan "kopi oak".