Keracunan Oak

Daun-daun dan buah pokok oak mengandungi asid tanik di mana pemakanannya yang banyak boleh menyebabkan keracunan dalam lembu, kuda, kambing biri-biri dan kambing; malah ia juga boleh menyebabkan kerosakan ginjal serta radang usus. Antara gejala keracunan termasuklah kurang selera makan, kemurungan, sembelit, cirit-birit (yang barangkalinya boleh berdarah), darah dalam air kencing serta kolik. Walau bagaimanapun, buah oak masih boleh selamat digunakan sekiranya ia direndam bagi mengeluarkan asid taniknya terlebih dahulu.[7]