Klasifikasi Obesiti

Obesiti dan BMILelaki "obes melampau" dengan BMI 53 kg/m2: berat 182 kg (400 lb), tinggi 185 cm (6 ft 1 in)
Rencana utama: Klasifikasi obesiti

Obesiti merupakan keadaan kesihatan di mana lemak badan berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.[16] Ia didefinisikan oleh indeks jisim badan (BMI) dan tentunya dinilai dari segi pengagihan lemak melalui nisbah pinggang-pinggul dan faktor risiko kardiovaskular.[17][18] BMI berkait rapat dengan peratusan lemak badan dan jumlah lemak badan.[19]Dalam kalangan kanak-kanak, berat yang sihat berbeza mengikut umur dan jantina. Obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja didefinisikan bukan sebagai angka mutlak tetapi berhubungan dengan kumpulan normal sejarah, sepertimana obesiti tergolong dalam BMI lebih daripada 95 persentil.[20] Data rujukan yang digunakan untuk persentil ini berdasarkan antara tahun 1963 hingga 1994, dan tidak terjejas dengan peningkatan berat pada masa ini.[21]BMI diukur berdasarkan berat subjek yang dibahagikan dengan kuasa dua bagi ketinggian mereka dan dikira seperti berikut.

B M I = b t 2 {\displaystyle \mathrm {BMI} ={\frac {b}{t^{2}}}} ,di mana b and t merupakan berat subjek dan tinggi subjek masing-masing.

BMI diungkapkan dalam kilogram per meter persegi, menjadikan berat diukur dalam kilogram dan tinggi dalam meter. Untuk menukar kepada paun per inci persegi, darabkan 703 (kg/m2)/(lb/sq in).[22]

BMI (kg/m2)Klasifikasi[23]
darihingga
18.5berat terkurang
18.525.0berat normal
25.030.0berat terlebih
30.035.0obesiti kelas I
35.040.0obesiti kelas II
40.0obesiti kelas III

Definisi yang paling kerap digunakan, diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 1997 dan diterbitkan pada 2000, menyediakan nilai yang disenaraikan di jadual.[24]

Beberapa pengubahsuaian kepada definisi WHO dibuat oleh beberapa badan tertentu. Kesusasteraan pembedahan memecahkan kelas III kepada beberapa kategori yang mana nilai tepatnya masih lagi dipertikaikan.[25]

  • Sebarang BMI ≥ 35 or 40 kg/m2 merupakan obesiti parah.
  • BMI ≥ 35 kg/m2 dan mengalami keadaan kesihatan berkaitan obesiti atau ≥40–44.9 kg/m2 merupakan obesiti mengerikan.
  • BMI ≥ 45 atau 50 kg/m2 is obesiti melampau.

Populasi orang Asia cenderung menghadapi kesan sampingan kesihatan negatif pada kadar BMI lebih rendah berbanding orang Kaukasia, beberapa negara mendefinisikan semula obesiti; orang Jepun mendefinisikan obesiti sebagai sebarang BMI melebihi 25 kg/m2[3] manakala China menetapkan BMI lebih daripada 28 kg/m2.[26]

Rujukan

WikiPedia: Obesiti http://www.cmaj.ca/cgi/content/full/174/9/1293 http://www.statcan.gc.ca/pub/82-003-x/2009004/arti... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb9099.htm http://www.emedicine.com/med/topic1653.htm //scholar.google.com/scholar?q=%22Obesiti%22 http://translate.google.com/translate?u=https://en... //www.google.com/search?&q=%22Obesiti%22+site:news... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Obesi... //www.google.com/search?q=%22Obesiti%22&tbm=nws