Penyebab Obesiti

Pada peringkat individu, kombinasi pengambilan tenaga makanan secara keterlaluan dan kurangnya aktiviti jasmani difikirkan untuk menjelaskan kebanyakan kes obesiti.[73] Sebilangan kes terpencil berpunca disebabkan oleh genetik, sebab perubatan atau kesakitan psikiatri.[5] Sebagai perbandingan, penambahan kadar obesiti pada tahap kemasyarakatan dirasakan berpunca disebabkan diet makanan mudah didapati dan melazatkan,[74] peningkatan kebergantungan terhadap kereta, dan perkilangan berjentera.[75][76]

Ulasan tahun 2006 mengenal pasti sepuluh penyumbang berpotensi lain kepada peningkatan masalah obesiti: (1) tidur yang tidak mencukupi, (2) disruptor endokrin (bahan pencemar persekitaran yang mengganggu metabolisme lipid), (3) berkurangnya keragaman suhu sekeliling, (4) berkurangnya kadar merokok tembakau, kerana merokok menahan selera, (5) bertambahnya penggunaan pengubatan yang menyebabkan peningkatan berat (contohnya, antipsikotik atipikal), (6) proporsional bertambah dalam etnik dan kumpulan umur yang cenderung lebih berat, (7) mengandung pada umur lewat (menyebabkan kerentanan kepada obesiti dalam kalangan kanak-kanak), (8) faktor risiko epigenetik diwariskan kepada generasi seterusnya, (9) pemilihan semula jadi bagi BMI lebih tinggi, dan (10) pasangan sesama ciri menjurus kepada bertambahnya penumpuan faktor risiko obesiti (ini boleh meningkatkan bilangan orang obes dengan meningkatkan kelainan populasi dari segi berat).[77] Meskipun terdapat bukti penting yang menyokong pengaruh mekanisme tersebut ke atas bertambahnya kelaziman obesiti, bukti ini masih lagi tidak mempunyai kesimpulan, dan pengarang menyatakan bukti ini kurang berpengaruh berbanding yang dibincangkan pada perenggan sebelumnya.

Diet

Rencana utama: Diet dan obesiti
1961
2001–03
Peta ketersediaan tenaga diet setiap orang setiap hari pada 1961 (kiri) dan 2001–2003 (kanan)[78] Kalori setiap orang setiap hari (kilojoule setiap orang setiap hari)
  •      tiada data
  •      <1,600 (<6,700)
  •      1,600–1,800 (6,700–7,500)
  •      1,800–2,000 (7,500–8,400)
  •      2,000–2,200 (8,400–9,200)
  •      2,200–2,400 (9,200–10,000)
  •      2,400–2,600 (10,000–10,900)
  •      2,600–2,800 (10,900–11,700)
  •      2,800–3,000 (11,700–12,600)
  •      3,000–3,200 (12,600–13,400)
  •      3,200–3,400 (13,400–14,200)
  •      3,400–3,600 (14,200–15,100)
  •      >3,600 (>15,100)
  • Purata per kapita pengambilan tenaga serata dunia dari 1961 hingga 2002[78]

    Bekalan tenaga diet per kapita berbeza-beza antara wilayah dan negara yang berbeza. Ia juga berubah dengan nyata sekali mengikut peredaran masa.[78] Dari awal 1970-an hingga akhir 1990-an, purata ketersediaan tenaga makanan setiap orang setiap hari (bilangan makanan yang dibeli) bertambah di semua bahagian dunia kecuali Eropah Timur. Amerika Syarikat mempunyai ketersediaan tenaga makanan paling tinggi dengan 3,654 calorie (15,290 kJ) setiap orang pada 1996.[78] Ini jelas bertambah pada 2003 kepada 3,754 calorie (15,710 kJ).[78] Semasa akhir 1990-an, kawasan Eropah mempunyai 3,394 calorie (14,200 kJ) setiap orang, di kawasan membangun Asia mempunyai 2,648 calorie (11,080 kJ) setiap orang, dan di kawasan sub-Sahara Afrika mempunyai 2,176 calorie (9,100 kJ) setiap orang.[78][79] Jumlah pengambilan tenaga makanan didapati berkait rapat dengan obesiti.[80]

    Ketersediaan panduan nutrisi pemakanan yang meluas[81] dilihat tidak cukup untuk mengatasi masalah makan terlebih dan pemilihan diet yang tidak berkhasiat.[82] Dari 1971 hingga 2000, kadar obesiti di Amerika Syarikat bertambah dari 14.5% hingga 30.9%.[83] Ketika tempoh yang sama, berlaku pertambahan jumlah tenaga makanan yang diambil. Bagi wanita, pertambahan purata ialah 335 calorie (1,400 kJ) setiap hari (1,542 calorie (6,450 kJ) pada 1971 dan 1,877 calorie (7,850 kJ) pada 2004), manakala bagi lelaki, pertambahan purata ialah 168 calorie (700 kJ) setiap hari (2,450 calorie (10,300 kJ) pada 1971 dan 2,618 calorie (10,950 kJ) pada 2004). Kebanyakan lebihan tenaga makanan datang daripada peningkatan pengambilan karbohidrat berbanding pengambilan lemak.[84] Sumber asas lebihan karbohidrat ialah minuman manis, di mana sekarang ini meliputi 25 peratus daripada tenaga makanan harian dalam kalangan orang dewasa di Amerika,[85] dan kentang goreng.[86] Pengambilan minuman manis seperti minuman ringan, minuman buah, teh ais, dan minuman air bertenaga dan bervitamin dipercayai menjadi penyumbang kepada peningkatan mendadak kadar obesiti[87][88] dan meningkatnya risiko sindrom metabolik dan diabetes melitus tahap 2.[89]

    Bila mana masyarakat terus-menerus bergantung dengan tenaga makanan yang padat, hidangan yang besar, dan makanan segera, perkaitan antara pengambilan makanan segera dan obesiti menjadi semakin membimbangkan.[90] Di Amerika Syarikat, pengambilan makanan segera bertiga kali ganda dan pengambilan tenaga makanan ini berempat kali ganda antara 1977 hingga 1995.[91]

    Dasar pertanian dan Revolusi Hijau di Amerika Syarikat dan Eropah telah membawa kepada rendahnya harga makanan. Di Amerika Syarikat, pemberian subsidi jagung, soya, gandum, dan beras melalui undang-undang ladang Amerika Syarikat sememangnya membolehkan sumber utama makanan diproses murah berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran.[92] Cubaan undang-undang pengiraan kalori dan label fakta pemakanan dibuat untuk menggalakkan masyarakat memilih makanan yang lebih menyihatkan, termasuklah kesedaran berapa banyak tenaga makanan yang diambil.

    Orang obes selalunya tidak melaporkan pengambilan makanan mereka berbanding orang yang berat normal.[93] Hal ini turut disokong oleh ujian yang dilakukan ke atas ramai orang di dalam bilik kalorimeter[94] dan pemerhatian secara langsung.

    Gaya hidup banyak duduk

    Gaya hidup banyak duduk memainkan peranan penting dalam obesiti.[95] Di serata dunia, terdapat anjakan besar ke arah kerja yang kurang menggunakan kekuatan jasmani,[96][97][98]dan baru-baru ini lebih kurang 30% daripada populasi di dunia tidak membuat senaman yang mencukupi.[97] Hal ini juga didorong oleh peningkatan penggunaan pengangkutan berjentera dan ketersebarluasan teknologi yang menjimatkan tenaga buruh di rumah.[96][97][98] Dalam kalangan kanak-kanak, kelihatannya berlaku penurunan tahap aktiviti jasmani disebabkan kurangnya berjalan dan pendidikan jasmani.[99] Trend dunia meluangkan masa senggang dengan melakukan aktiviti jasmani semakin tidak jelas. Pertubuhan Kesihatan Dunia menunjukkan masyarakat serata dunia kurang aktif berekreasi, manakala kajian dari Finland[100] mendapati peningkatan dan kajian dari Amerika Syarikat mendapati masa senggang untuk aktiviti jasmani tidaklah berubah dengan ketara.[101]

    Dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa, terdapat hubung kait antara masa menonton televisyen dengan risiko obesiti.[102][103][104]

    Rujukan

    WikiPedia: Obesiti http://www.cmaj.ca/cgi/content/full/174/9/1293 http://www.statcan.gc.ca/pub/82-003-x/2009004/arti... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb9099.htm http://www.emedicine.com/med/topic1653.htm //scholar.google.com/scholar?q=%22Obesiti%22 http://translate.google.com/translate?u=https://en... //www.google.com/search?&q=%22Obesiti%22+site:news... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Obesi... //www.google.com/search?q=%22Obesiti%22&tbm=nws