Flavius Odoacer (435–493) , juga dikenali sebagai
Flavius Odovacer (
Bahasa Itali: Odoacre,
Bahasa Latin: Odoacerus,
Bahasa German: Odoaker), adalah seorang tentera pada tahun 476 seterusnya menjadi
raja Itali pertama (476-493). Pemerintahan beliau menandakan runtuhnya
Empayar Rom Barat. Walaupun seluruh
Semanjung Itali berkuasa di tangan beliau, beliau mewakili diri beliau sendiri sebagai klien
Julius Nepos dan selepas kematian Julius Nepos pada tahun 480, beliau mewakili dirinya sebagai klien
Maharaja Bizantin. Odoacer menggunakan nama panggilan Roman iaitu patrician (Bangsawan), nama panggilan yang diberikan oleh
Maharaja Zeno, tetapi beliau juga dirujuk sebagai seorang raja (Bahasa Latin: Rex) di dalam banyak dokumen dan beliau sendiri menggunakan nama panggilan tersebut di dalam konsul Basilius. Odoacer memperkenalkan beberapa perubahan terpenting di dalam sistem pentadbiran Itali. Beliau pernah menyokong
Senat Rom dan dapat mengagihkan kawasan kepada pengikutnya tanpa banyak bantahan. Pergolakan di antara pahlawan-pahlawan beliau membawa kepada keganasan pada tahun 477-478, tetapi tiada gangguan berlaku semasa tempoh pemerintahannya selepas tahun 478. Walaupun Odoacer ialah penganut agama Kristian
Arianisme, beliau jarang mengikuti upacara keagamaan gereja negeri ortodoks dan trinitarian Empayar Rom.