Sebatian Oksigen

Dioksigen, O2, merupakan gas dan terdiri dari 2 atom oksigen. Paling biasa ditemui, kerana ia membentuk 21% atmosfera.Ozon, O3, juga gas dan terdiri dari 3 atom oksigen

Oksida

Rencana utama: Oksida

Disebabkan keelektronegatifannya, oksigen membentuk ikatan kimia dengan hampir semua unsur lain, dan dari sinilah datangnya takrifan pengoksidaan. Cuma gas adi sahaja yang kebal dari pengoksidaan.

Air, oksida hidrogen, H2O merupakan oksida serta sebatian oksigen yang paling umum.

Permukaan kebanyakan logam seperti aluminium dan besi teroksida untuk membentuk suatu lapisan oksida yang nipis yang boleh memperlahankan proses hakisan.