Sejarah Olmek

Sejarah awal

Kebudayaan Olmek bermula pada asal di San Lorenzo Tenochtitlan, di mana ciri-ciri jelas Olmek mulai muncul sekitar 1150 SM (BC). Kebangkitan kebudayaan di sini mungkin dibantu oleh ekologi tempatan tanah alluvial yang subur dengan saliran yang baik, menggalakkan pengeluaran jagung yang tinggi. Ekologi ini boleh dibandingkan dengan pusat kebudayaan silam yang lain: Mesopotamia dan lembah Nil. Ia dijangkakan bahawa kepadatan penduduk yang tertumpu di San Lorenzo menggalakkan kebangkitan kelas elite yang akhirnya memastikan penguasaan Olmek dan memberikan asas sosial bagi penghasilan artifek berbentuk simbolik dan sofsikated yang mentakrifkan kebudayaan Olmek.

Bahan bukti di San Lorenzo yang pastinya datang dari tempat yang jauh menunjukkan bahawa golongan elite Olmek awal mempunyai laluan kepada jaringan perdagangan di Amerika Tengah. Ini kemungkinannya dilindungi oleh sejenis sistem ketenteraan. Tapak seperti Teopantecuanitlan menunjukkan bahawa Olmek turut tinggal di Guerrero.

Kemerosotan

Ia tidak diketahui dengan jelas apa yang terjadi kepada kebudayaan ini. Pusat utama mereka, San Lorenzo, hampir ditinggalkan sepenuhnya sekitar 900 SM, dan La Venta menjadi bandar utama. Pertukaran persekitaran mungkin bertanggung jawab bagi perpindahan ini, dengan sungai utama tertentu beralih aliran. Bagaimanapun, terdapat juga sesetengah bukti yang mencadangkan penjarahan dan kemusnahan artifak Olmek pada tempoh ini. Sekitar 400 SM, La Venta turut berakhir, sungguhpun kepentingan kompleks upacara ternyata berterusan melepasi kebudayaan dan negara Olmek. Dalam beberapa ratus tahun selepas peninggalan bandar terakhir mereka, kebudayaan berikutnya telah bertapak kukuh dibekas jajahan mereka – terutamanya Maya di timur, Zapotek di barat daya, dan kebudayaan Teotihuakan di sebelah barat.

Rujukan

WikiPedia: Olmek http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m1026/is... http://www.nytimes.com/2005/03/15/science/15olme.h... http://web.mit.edu/org/m/materialculture/www/rubbe... http://www.nd.edu/~sniteart/collection/Galleries/M... http://www.news.wisc.edu/11377.html http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=... http://www.nsf.gov/od/lpa/news/02/pr0297.htm http://www.archaeology.org/online/features/olmec/i... http://www.latinamericanstudies.org/olmec-colossal... http://www.metmuseum.org/toah/hi/hi_cebu.htm