Omake
Omake

Omake

Omake (御負け, biasanya ditulis おまけ) bermaksud tambahan dalam Bahasa Jepun. Makna utamanya adalah umum dan meluas. Istilah Omake digunakan oleh peminat anime dan manga untuk bermaksud "tambahan dan bonus".[1] Di Amerika Syarikat(AS), istilah ini digunakan secara meluas oleh peminat anime jika keluaran DVD menampilkan episod khas seperti: adegan yang dipotong, temu ramah bersama pelakon, klip-klip dokumentari "di sebalik tabir", "outtake", kelucuan yang tidak disengajakan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penggunaan istilah ini sebenarnya mendahului medium DVD selama beberapa tahun. Selama 50 tahun yang lalu di Jepun, omake patung watak kecil dan mainan telah diberi bersama dengan minuman ringan dan gula-gula dan selalunya omake itu sendiri lebih diingini daripada produk yang dijual.Dalam Bahasa Inggeris, istilah ini sering digunakan dengan makna ini walaupun ia biasanya hanya terpakai kepada ciri-ciri yang disertakan dengan anime, tokusatsu, dan kadang-kadang manga. Ia secara umumnya terbatas penggunaannya dalam kalangan peminat budaya pop Jepun (kadang-kadang dipanggil otaku).