Ombak
Ombak

Ombak

Dalam dinamik bendalir, gelombang angin, atau ombak, ialah gelombang permukaan yang berlaku pada permukaan bebas jasad air (seperti lautan, laut, tasik, sungai, terusan, lopak atau kolam). Ia terhasil daripada angin bertiup di kawasan permukaan bendalir. Gelombang di lautan mampu bergerak beribu-ribu batu sebelum mencapai darat. Gelombang angin di Bumi mempunyai julat ukuran dari riak-riak kecil, ke gelombang melebihi 100 kaki (30 m) tinggi.[1]Apabila dijana terus dan terjejas oleh angin tempatan, sistem gelombang angin dipanggil laut angin. Selepas angin berhenti meniup, gelombang angin dipanggil alun. Secara umumnya, alun terdiri daripada gelombang yang dijana oleh angin yang tidak terjejas oleh angin setempat pada masa itu. Ia telah dijana di tempat lain atau beberapa waktu sebelumnya.[2] Gelombang angin di lautan dipanggil gelombang permukaan lautan atau ombak lautan.Secara amnya, dalam ungkapan Melayu, ombak ialah air laut yang bergulung-gulung ke arah pantai dan menghempas pantai. Ombak terjadi dari tiupan angin dan bumi yang berputar di atas paksinya.