One_in_a_Million_(Musim_3)
One_in_a_Million_(Musim_3)

One_in_a_Million_(Musim_3)

One in a Million ialah pertandingan realiti nyanyian pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah tunai sejuta ringgit kepada juaranya. Sempena musim ketiga, Awal Ashaari dan Marion Caunter, dan Syafinaz Selamat dan Paul Moss kembali menyandang tugas masing-masing selaku pengacara dan pengadil OIAM.OIAM3 ditaja oleh syarikat-syarikat berjenama Strepsils, Oxy dan Coca-Cola. Inilah kali pertama TM Net menarik diri selaku penaja pertandingan realiti nyanyian slot urban 8TV semenjak menaja Malaysian Idol dan OIAM sebelum ini. Pertandingan nyanyian mingguan disiarkan di 8TV pada setiap Jumaat, 9.30 malam, dan diulang tayang di TV9 pada hari Ahad, 12 tengah hari dan di 8TV lagi pada hari Jumaat, 12 tengah hari. Di samping itu, kisah di sebalik tabir dan kegiatan seharian para peserta dirakamkan dalam One in a Million Diaries yang disiarkan pada setiap Isnin, Selasa dan Khamis, jam 11.30 malam sepanjang pertandingan berlangsung.Grand Finale OIAM3 dilangsungkan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 1 Mei 2009. Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok dari kumpulan New Boyz dinobatkan sebagai lelaki pertama dan artis terkenal pertama yang menjadi juara dalam sejarah pertandingan realiti ini.

One_in_a_Million_(Musim_3)

Juri Syafinaz Selamat
Paul Moss
Mengikuti One in a Million (Musim 2)
Negara asal  Malaysia
Penerbit eksekutif Sunil Kumar
Lagu pembukaan "Star" oleh Jaclyn Victor
Penerbit Kiedd Fariz Aziz
David Leong
Pengacara Awal Ashaari
Marion Caunter
Lokasi Pelbagai (Ujibakat)
Sri Pentas 2, Shah Alam (Top 12 hingga Top 3)
Stadium Malawati, Shah Alam (Grand Final)
Tempoh siaran Varies
Siaran asal 23 Januari 2009 – 1 Mei 2009
Format Rancangan permainan realiti interaktif
Penyunting Howie Chin
N. Shivadas Menon
Saluran asal 8TV

Rujukan

WikiPedia: One_in_a_Million_(Musim_3) http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/ayu.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/esther.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/fify.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/nine.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/rizu.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/simon.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/tomok.asp http://www.8tv.com.my/oneinamillion3 http://www.8tv.com.my/oneinamillion3/ http://www.gua.com.my/Entertainment/News-Detail.as...