Sejarah Oneus

2017-2018: Pra-debut

Seoho, Keonhee dan Hwanwoong diperkenalkan sebagai separuh daripada pelatih lelaki syarikat RBW untuk mewakili Produce 101 pada musim kedua. Walau bagaimanapun, mereka telah tersingkir di tempat ke-94, tempat ke-33 dan tempat ke-42. Ravn dan Seoho mengambil bahagian sebagai pelatih lelaki untuk mewakili RBW pada pertunjukan realiti YG, Mix Nine, di mana mereka disingkirkan di tempat ke-27 dan tempat ke-19.

Pada November 2017, RBW memperkenalkan projek sulung yang dinamakan RBW Trainee Real Life – We Will Debut untuk mendebutkan kumpulan lelaki baru mereka. Keonhee, Hwanwoong dan tujuh pelatih lain (tiga lelaki dan empat perempuan) mereka telah mengambil bahagian dalam bab pertamaprojek di mana mereka menjemput 100 orang untuk menjadi penonton mereka di peringkat penilaian di RBW Art Centre.[1] Projek ini akan mengadakan acara atau persembahan setiap bulan dan kehidupan seharian pelatih, yang terdiri daripada latihan bulanan dan penilaian ianya akan disiarkan di Olleh TV dan V-Live Naver. Pada Disember 2017, Keonhee dan Hwanwoong telah menyertai bab kedua 'Special Party' dengan label mereka MAS.[2]

Pada awal tahun 2018, Keonhee, Hwanwoong dan pelatih lain: Ravn, Seoho dan Xion diperkenalkan sebagai pasukan pra-debut untuk RBW BOYZ. Pada April 2018, RBW Boyz memperkenalkan ahli baru mereka Leedo.[3]Pada bulan Jun 2018, RBW BOYZ telah disahkan akan debut sebagai ONEUS.[4] Pada 27 September, ONEUS dan labelmates mereka ONEWE (dahulunya MAS) mengeluarkan single rasmi "Last Song".[5]

2019: Debut

Pada 9 Januari, ONEUS secara rasminya debut dengan mengeluarkan album mini pertama mereka Light Us dengan tajuk lagu "Valkyrie".[6] Debut showcase mereka telah diadakan di YES24 Live Hall pada hari yang sama dengan pengeluaran album.[7]

Pada 11 Mac, RBW mengumumkan bahawa Ravn menghentikan kegiatan kumpulan sementara akibat masalah peribadi dan kesihatan.[8] Dimasukkan semula pada akhir bulan April.

Oneus mengeluarkan album mini kedua mereka Raise Us pada 29 Mei 2019 dengan single utama "Twilight".

Rujukan

WikiPedia: Oneus http://www.billboard-japan.com/charts/detail?a=hot... http://entertain.naver.com/now/read?oid=382&aid=00... http://m.newsen.com/news_view.php?uid=201805141805... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/online.g... http://www.gaonchart.co.kr/main/section/chart/albu... https://www.billboard.com/charts/world-albums