Sejarah Onewe

2015–2016: Pembentukan dan debut

Dibentuk pada bulan Mei 2015, M.A.S 0094 adalah kumpulan bebas yang mengabadikan dan menyanyikan lagu-lagu terkenal di kalangan umum dan dengan semua keuntungan yang akan disumbangkan kepada mangsa ianfu.[4] Pada 15 Ogos 2015 , mereka mengelaurkan single digital "Butterfly, Find a Flower".[5][3]

M.A.S 0094 mengeluarkan album mini pertama mereka , Feeling Good Day, pada 25 Mac 2016. Dan mempunyai 6 lagu, termasuk single utama Feeling Good" dan single digital mereka "Butterfly, Find a Flower yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Mereka debut pada 2 Ogos dengan lagu mereka "After 15 Seconds" yang telah dipersembahkan di The Show pada hari yang sama.[6][7][8][9][10]

2017–2018: Make Some Noise, rancangan survival dan Re-debut sebagai ONEWE

Pada 6 Januari 2017, mereka telah menegeluarkan album mini kedua mereka Make Some Noise. Dan mempunyai 6 lagu, termasuk single utama "Make Some Noise" dan "Starlight".

Pada April 2017, Dongmyeong mewakili RBW dalam rancangan realiti televisyen Produce 101 musim 2. Dongmyeong kemudiannya tersingkir di tempat-68 semasa episod 5.

Pada 27 Mei, Modern Music menerbitkan satu kenyataan di fan cafe yang menyatakan bahawa band itu akan menyertai RBW.[11]

Pada 9 Jun, RBW mengesahkan bahawa band itu menyertai mereka dan akan mula menggunakan nama MAS.[12]

MAS menyertai rancangan realiti televisyen The Unit pada Oktober 2017. Pada episod 7, Harin (52th), Younghoon (58th), Cya (59th) dan Kanghyun (61th) telah tersingkir. Dongmyeong berjaya ke peringkat terakhir di mana dia kemudiannya tersingkir ditempat-16.[13]

Pada December 2017, MAS menyertai RBW debut projek RBW Trainee Real Life – We Will Debut bersama dengan kumpulan pra-debut RBW BOYZ (ONEUS). Mereka kemudian mengadakan konsert untuk musim kedua projek bertajuk We Will Debut Chapter 2 - Special Party pada bulan yang sama.[14][15]

Pada bulan Jun 2018, RBW mendedahkan bahawa MAS akan debut semula dengan nama "ONEWE".[16]

Pada 27 September, mereka melancarkan single pra-debut dan MV untuk "Last Song" bersama dengan kumpulan saudara mereka ONEUS.[17]

Rujukan

WikiPedia: Onewe http://www.sorinara.cn/music/albuminfo/48089 http://tenasia.hankyung.com/archives/1106920 http://mpop.heraldcorp.com/view.php?ud=20171209232... http://www.melon.com/album/detail.htm?albumId=2674... http://www.melon.com/artist/photo_detail.htm?artis... http://people.search.naver.com/search.naver?where=... http://tv.naver.com/v/1020361 http://kyg193132.tistory.com/4470 http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/online.g... http://mwave.interest.me/en/album/album.m?searchAl...