Ong_Kian_Ming
Ong_Kian_Ming

Ong_Kian_Ming

Dr. Ong Kian Ming (Cina ringkas: 王建民; pinyin: Wáng Jiàn Mín; Jawi: در. ءوڠ كيان مينڠ ; lahir 1975) adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, seorang ahli akademik, penganalisis politik dan kini menjadi ahli strategi pilihan raya bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP). Ong merupakan bekas penganalisis politik terkemuka dalam senario politik Malaysia . Rencana-rencana beliau tersiar dalam Malaysiakini , Malaysian Insider , The Edge dan lain-lain. Kerjaya beliau bermula sebagai pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Dasar Sains, Universiti UCSI dan menjadi pakar rujuk bagi 'Blue Ocean Strategies. Beliau pernah menjadi penganalisis dasar untuk Sosio Ekonomi Pembangunan dan Penyelidikan (SEDAR) dan Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP). Selain itu, beliau juga merupakan perunding bersekutu untuk Kumpulan Perudingan Boston, Kuala Lumpur. [2][3][4]