Sejarah Opera

Asal

Claudio Monteverdi

Perkataan opera bermakna “kerja-kerja” dalam bahasa Itali (diambil daripada bahasa Latin, opus yang bermaksud “kerja” atau “kerja keras”) dianggap sebagai campuran seni solo dan nyanyian korus, deklamasi, lakonan dan tarian di atas pentas dengan gilang gemilang. Opera Dafne ditulis oleh penggubah Jacopo Peri dianggap sebagai gubahan opera yang terawal. Ia ditulis pada sekitar 1597, diambil daripada sumber inspirasi golongan elit Florentine Camerata, sebuah kumpulan terdiri daripada penyokong humanisme, ahli muzik, penyair dan ahli cerdik pandai.

Dafne ternyata sama sekali sebagai satu pendekatan untuk mengembalikan tragedi Greek klasik, dan juga untuk mengembangkan pengembalian ciri-ciri antikuiti era zaman pembaharuan. Pada pendapat ahli-ahli Florentine Camerata, bahagian korus dalam pementasan lakonan Greek sebenarnya ialah bahagian nyanyian dan berkemungkinan juga untuk keseluruhan teks bagi kesemua peranan. Oleh itu, Opera Dafne dibuat untuk mengembalikan kegemilangan tersebut. Namun begitu, opera Dafne kini hilang dan tidak kekal lama. Kerjaseni Peri yang berikutnya Eurice, dibuat pada sekitar 1600, ialah salah satu opera awal yang kekal sehingga ke hari ini.

Opera awal yang masih lagi kerap dilakonkan ialah Orfeo, digubah oleh Claudio Monteverdi, yang pertamakali dilakonkan di Mantua, Itali. [2]

Opera Itali

Era Barok

Opera tidak kekal lama untuk penonton bangsawan sahaja; pada tahun 1937 di Venice, cadangan untuk festival tahunan Kristian bagi opera tontonan ramai disokong hebat oleh ramai pihak dan membantu penjualan tiket yang besar. Penggubah Monteverdi berpindah daripada menetap di bandar besar ke sebuah pekan kecil, Mantua, Itali dan menggubah opera terakhirnya Il ritorno d'Ulisse in patria and L'incoronazione di Poppea, untuk teater Venetian pada 1640-an. Pengikut beliau yang terpenting, Francesco Cavalli menolong menghebahkan persembahan – persembahan opera beliau di serata Itali. Pada awal era zaman barok, pementasan opera komedi dicampur dengan elemen- elemen tragik yang juga berunsur kesedaran.

Corak ini membentuk banyak pergerakan – pergerakan opera yang ditaja oleh Venice's Arcadian Academy. Akademi tersebut bersekutu dengan pemuisi dan penulis, Pietro Antonio Domenico Trapassi, yang mana libretti beliau membantu pembentukan opera seria yang kemudiannya menjadi corak utama untuk opera Itali pada akhir abad ke-18. Setelah ideal penggubah Metastasian sudah menjadi corak opera yang diterima ramai, opera komedi pada era zaman barok kini dikenali sebagai opera buffa. [3]

Dalam opera seria, nada dipertingkatkan dan cara baru yang bermutu tinggi diperkenalkan, kebiasaannya terdiri daripada resitatif secco dicampur dengan aria de kapo yang panjang. Ia memberi peluang yang hebat untuk nyanyian virtoustik dan pada zaman kegemilangan opera seria menjadikan penyanyi-penyanyi opera sebagai bintang pujaan ramai. Watak untuk pelakon utama lelaki biasanya ditulis untuk suara kastrato, seperti Farinelli dan Senesino, begitu juga penyanyi wanita soprano seperti Faustina Bordoni. Persembahan begini mendapat permintaan meluas di seluruh Eropah, menjadikan opera seria sebagai jenis opera yang utama kecuali di negara Perancis. Opera Itali tetap dengan piawaian opera jenis era zaman barok sebagai corak utama opera mereka, walau pun ketika itu, penggubah terkenal Jerman seperti George Frideric Handel juga mula menulis corak opera seria untuk penonton di London. Libretti Itali kekal sebagai opera dominasi sehingga ke era muzik klasikal sebagai contoh, opera – opera yang ditulis oleh Mozart di Vienna pada penghujung abad tersebut. Penggubah – penggubah utama opera seria kelahiran Itali termasuklah Alessandro Scarlatti, Vivaldi dan Porpora.[4]

Reformasi Gluck

Terdapat beberapa kelemahan dan kritikan pada opera seria seperti beberapa perubahan ketara yang dibuat untuk penyanyi-penyanyi terlatih dan berpengalaman, penggunaan pemandangan (latar belakang kebiasaannya) sebagai ganti kepada nilai sejati opera yang akhirnya menimbul banyak tindak balas daripada ramai orang.

Tulisan Francesco Algarotti yang berjudul Essay on the Opera (1755), terbukti menjadi inspirasi untuk Christoph Willibald Gluck untuk membuat reformasi terhadap perubahan-perubahan yang dibuat. Beliau menyeru agar opera seria dibawa balik seperti corak opera asal yang merangkumi pelbagai elemen – elemen muzik (vokal dan instrumental), balet dan pementasan; kesemua faktor itu wajib diikuti untuk kepentingan opera.

Beberapa penggubah pada era itu seperti Niccolò Jommelli dan Tommaso Traetta, cuba meletakkan ideal ini sebagai amalan untuk opera-opera mereka. Percubaan pertama mereka mencapai kejayaan dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada sejarah opera. Walau bagaimanapun Gluck ingin lebih daripada kejayaan, beliau ingin mencapai "beautiful simplicity" (sesuatu yang mudah dan cantik).

Hal ini diilustrasikan dalam opera beliau yang berjudul Orfeo ed Euridice, yang mana dikatakan terdapat kekurangan dalam bahagian vokal yang dianggap kurang baik daripada kerjaseni penggubah Handel yang disokong oleh harmoni mudah dan diakui sebagai terbaik untuk kebiasaan kerja muzik orkestra.

Reformasi Gluck telah menjadi sesuatu yang penting dalam sejarah opera. Kerjaseni penggubah-penggubah seperti Weber, Mozart dan Wagner contohnya, banyak dipengaruhi oleh ideal ini. Mozart, yang dianggap sebagai anak didik Gluck, menggabungkan kepintaran dan kecemerlangan seni lakonan, harmoni, melodi dan kaunterpoin untuk menulis siri-siri opera komik seperti Così fan tutte, The Marriage of Figaro, dan Don Giovanni (kerjasama dengan Lorenzo Da Ponte) yang kekal hingga ke hari ini sebagai opera yang paling diminati, popular dan dikenali ramai.

Tetapi sumbangan Mozart kepada opera seria dianggap sebagai mempunyai seni campuran; pada zaman beliau menggubah, seni itu telah mula pudar dan walaupun beliau mempunyai kerjaseni yang cemerlang seperti Idomeneo dam La Clemenza di Tito, beliau gagal untuk membawa balik seni bentuk itu untuk hidup kembali. [5]

K527

Pendekatan dari penggubah Mozart untuk teater opera "Don Giovanni"

Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media.
Der Hölle Rache

Digubah oleh Wolfgang Amadeus Mozart untuk teater opera "The Magic Flute"

Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media.

Bel kanto, Verdi dan verismo

Giuseppe Verdi, gambar oleh Giovanni Boldini, 1886 (Dipamerkan di National Gallery of Modern Art, Rome)

Pergerakan opera bel kanto mula berkembang pada awal abad ke-19 dan diperkenalkan oleh opera-opera gubahan Gioachino Rossini, Vincenzo Bellini, Gaetano Donizetti, Giovanni Pacini, Saverio Mercadante dan ramai lagi penggubah muzik dan opera. Lebih tepat dengan gelaran “nyanyian merdu” (beautiful singing), nama bel kanto diambil daripada nama sekolah nyanyian stylistic Itali. Lagu-lagu dan skrip nyanyian bel kanto kebiasaannya berbunga-bunga dan amat rumit yang memerlukan penyanyi yang berbakat yang tinggi, ketangkasan suara dan kemampuan mengawal pic.

Berikutan dengan era bel kanto, satu corak yang lebih terus dan juga lebih bertenaga digerak dan dipopularkan oleh penggubah Giuseppe Verdi, bermula dengan Nabucco, opera yang berunsur bibal. Opera-opera Verdi berkembang dengan kenaikan semangat nasionalism Itali dalam era Napoleon, menjadikan beliau sebagai seorang yang amat penting dalam pergerakan patriotik Itali.

Pada awal 1850-an, Verdi telah menghasilkan tiga opera yang terkenal sehingga ke hari ini iaitu Rigoletto, Il trovatore dan La traviata. Beliau terus menulis opera dengan cara yang digemari ramai, antaranya ialah karya beliau untuk opera agung Perancis (French Grand Opera) iaitu Don Carlos. Dua kerja seni beliau yang terakhir menggunakan sumber inspirasi kerja seni Shakespeare, iaitu Otello dan Falstaff. Kerja-kerja seni terbaik beliau menunjukkan betapa jauh opera Itali telah berkembang luas semenjak awal abad ke-19.

Selepas Verdi, sentimen melodrama realistik oleh pergerakan opera verismo muncul di Itali. Corak seni ini diperkenalkan oleh penggubah Pietro Mascagni untuk opera Cavalleria Rusticana dan penggubah Ruggiero Leoncavallo untuk Pagliacci yang kemudiannya mendominasi pementasan dunia opera dengan kerja-kerja yang popular seperti penggubah Giacomo Puccini untuk La bohème, Tosca, dan Madama Butterfly.

Penggubah-penggubah opera Itali selepas itu seperti Luciano Berio dan Luigi Nono, mula membuat corak opera dengan mencampurkan sumber-sumber kemodenan.[6]

La donna è mobile

Enrico Caruso menyanyikan "La donna è mobile", gubahan Giuseppe Verdi untuk teater opera "Rigoletto" (1908)

Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media.
No Pagliaccio non son

Gubahan Ruggiero Leoncavallo untuk teater opera "Pagliacci" disampaikan oleh Enrico Caruso

Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media.

Opera Jerman

Ilustrasi opera oleh Wagner untuk Das Rheingold

Dafne merupakan opera pertama Jerman digubah oleh Heinrich Schütz pada 1627 (muzik opera ini tidak kekal ke hari ini). Opera Itali menjadi opera terkenal di negara-negara yang berbahasa Jerman sehingga akhir abad ke-18. Walau bagaimanapun, corak asal opera Jerman membangun juga. Pada tahun 1644, penggubah Sigmund Theophil Staden menghasilkan opera pertama Singspiel, corak popular opera berbahasa Jerman yang mana dialog percakapan berselang-seli dengan nyanyian.

Pada akhir kurun ke-17 dan awal kurun ke-18, Teater am Gänsemarkt di Hamburg mempersembahkan opera-opera Jerman oleh penggubah-penggubah Jerman seperti Reinhard Keiser, Telemann dan Handel. Namun begitu, ramai penggubah-penggubah Jerman termasuk Handel, Graun, Johann Adolph Hasse dan Gluck, lebih gemar menulis opera untuk bahasa asing terutama bahasa Itali.

Singspiele gubahan Mozart seperti Die Entführung aus dem Serai (1782) dan Die Zauberflöte (1791) menjadi kejayaan yang penting untuk opera Jerman mencapai pengiktirafan antarabangsa.

Tradisi itu dibangunkan pada kurun ke-19 oleh Ludwig van Beethoven untuk opera beliau berjudul Fidelio, yang diinspirasikan oleh kemuncak revolusi Perancis. Carl Maria von Weber menubuhkan pergerakan romantism opera Jerman sebagai cara untuk menentang dominasi opera bel kanto Itali. Opera Der Freischütz (1821) menunjukkan kepintaran beliau dengan membuat atmosfera ajaib. Penggubah-penggubah opera yang lain pada masa itu termasuklah Marschner, Schubert, Schumann dan Lortzing. Walau bagaimanapun , penggubah yang paling penting dan menjadi legenda ialah Richard Wagner.

Richard Wagner ialah seorang penggubah yang dianggap sebagai paling revolusioner dan kontroversial dalam sejarah muzik. Beliau bermula dengan pengaruh kerjaseni Carl Maria von Weber dan Giacomo Meyerbeer, kemudiannya mula mengubah unsur baru untuk konsep opera seperti Gesamtkunstwerk, pelakuran muzik, sajak dan lukisan. Dalam opera beliau seperti Tristan und Isolde, Die Meistersinger von Nürnberg, Der Ring des Nibelungen dan Parsifal, beliau menghapuskan perbezaan di antara aria dan resitatif untuk memberi nafas baru kepada sesuau yang dipanggil melodi yang tiada penghujungnya. Beliau terus menambahkan peranan dan kuasa kepada orkestra dengan mencipta sawang leitmotiv yang kompleks seperti mengulangi tema yang kerap disekutukan dengan watak-watak dan konsept opera; bila mana beliau bersedia untuk melanggar apa sahaja cara kebiasaan muzik, contohnya tonaliti, untuk mencapai kehendaknya bagi mendapat kepuasan yang mutlak.

Wagner juga membuat dimensi falsafah yang baru kepada opera dalam kerja-kerja beliau, yang mana kebiasaannya berdasarkan daripada cerita-cerita legenda JermaniK atau Arthurian. Wagner juga membina rumah opera miliknya sendiri di Bayreuth, khas untuk kerja-kerja seni daripada cara yang beliau sukai. Opera tidak lagi sama selepas kematian Wagner dan ramai penggubah-penggubah merasakan mereka tidak mampu meneruskan warisan Wagner yang dianggap sebagai tugas yang berat.

Walaupun penggubah Richard Strauss menerima cara kerja Wagner tetapi beliau membawanya keseluruhan idea tersebut nya ke arah yang baru. Strauss mula mencapai kejayaan dalam opera penuh skandal berjudul Salome dan opera tragedi hitam Elektra dan yang mana tonalitinya ditarik kepada had yang terakhir. Selepas itu, Strauss menukar cara lain yang mendapatkan beliau kejayaan lebih cemerlang dengan menulis Der Rosenkavalier, yang mana Mozart dan penari walts Vienna menjadi pengaruh yang kuat seperti juga Wagner. [7]

Ride of the Valkyries

Ride of the Valkyries, oleh penggubah Wagner untuk teater opera , Die Walküre

Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media.

Opera Perancis

Gambar 1875 untuk opera gubahan Georges Bizet berjudul Carmen

Dalam persaingan sengit dengan kemasukan opera Itali, satu tradisi Perancis ditubuhkan oleh seorang warga Itali, Jean-Baptiste Lully di istana Raja Louis XIV.Walaupun berasal dari negara asing, Lully menubuhkan Académie Royale de Musique dan memonopoli opera Perancis dari tahun 1672. Bermula dengan Cadmus et Hermione iaitu sebuah corak opera Perancis, Lully dan rakan liberatinya Philippe Quinault mencipta tragédie en musique (lirik tragedi Perancis), sebuah bentuk muzik tari dan tulisan korus yang menjadi amat penting untuk sejarah opera Perancis.

Pada abad ke-18, anak didik Lully terpenting iaitu Jean-Philippe Rameau, telah menggubah 5 tragédies en musique dan juga banyak lagi kerjaseni dalam genre lain seperti balet-opera, yang dikagumi dan terkenal untuk orkestranya yang besar dan muzik harmoni yang mencabar. Selepas kematian Jean-Philippe Rameau, penggubah Jerman, Christoph Willibald Gluck telah dipujuk untuk membuat 6 persembahan opera di Paris pada tahun 1770-an. Pertunjukkan mereka banyak dipengaruhi oleh kerja seni Rameau tetapi lebih telah dipermudah dengan tumpuan yang lebih besar diberikan kepada operanya. Pada masa yang sama pada pertengahan abad ke-18, satu lagi genre opera, opera komik mula mendapat populariti di Negara ini. Opera komik adalah sama seperti opera Jerman, singspiel, yang mana aria-aria nya berselang-seli dengan dialog percakapan. Tokoh-tokoh penting untuk opera komik ialah Pierre-Alexandre Monsigny, Philidor dan Grétry. Ketika revolusi Perancis, penggubah-penggubah yang juga pengikut warisan Gluck seperti Méhul dan Cherubini, membawa satu cara baru kepada genre ini yang mengubah hampir keseluruhan corak lamanya.

Pada 1820-an, pengaruh Gluck mula berkurangan apabila opera Itali bel kanto masuk ke negara itu terutamanya dengan ketibaan penggubah Gioachino Rossini di Perancis. Opera Rossini yang berjudul Guillaume Tell membantu pembentukan genre baru iaitu Grand opera (opera agung), sebuah bentuk opera yang paling terkenal digubah oleh penggubah Jerman, Meyerbeer. Pada pertengahan abad ke 19, Jacques Offenbach mencipta opereta, sebuah kerjaseni yang pintar dan agak menjengkelkan untuk Orphée aux enfers; penggubah Charles Gounod pula mendapat kejayaan yang besar untuk Faust; manakala penggubah Georges Bizet untuk Carmen, yang mana membuka mata para penonton untuk menerima opera campuran romantis dan realiti. Opereta, kemudiannya menjadi corak opera yang paling terkenal daripada cabang opera komik. Pada masa yang sama, pengaruh Richard Wagner merasa tercabar dengan tradisi Perancis. Ramai para pengkritik Perancis dengan marahnya menolak cara muzik Wagner manakala ramai penggubah Perancis meneruskan cara Wagner dan mendapat kejayaan.

Tokoh-tokoh penggubah terkenal opera Perancis untuk abad ke-20 ialah Ravel, Dukas, Roussel dan Milhaud, begitu juga Francis Poulenc, untuk Dialogues des carmélites yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. [8]

Prelude

Gubahan Georges Bizet untuk "Carmen". Dipersembahkan oleh orkestra Damrosch (1903)

Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media.

Opera dalam bahasa lain

Henry Purcell
Stay, Prince and hear

Babak dari opera gubahan Purcell yang berjudul Dido and Aeneas. Orang suruhan ahli sihir di dalam bentuk Mercury, cuba memujuk Aeneas untuk meninggalkan Carthage. Opera ini menggunakan corak resitatif Itali, sesuatu yang jarang dibuat oleh opera England ketika itu.

Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media.

Sepanyol juga mempunyai bentuk opera yang tersendiri dikenali sebagai zarzuela. Pada abad ke-18, opera Itali menjadi terlalu kuat dan terkenal dan mengatasi populariti zarzuela.

Penggubah-penggubah Czechoslovakia juga membentuk jenis operanya yang tersendiri pada abad ke-19, bermula dengan penggubah Bedřich Smetana yang menulis 8 opera termasuklah The Bartered Bride yang mendapat perhatian antarabangsa. Penggubah Antonín Dvořák, yang terkenal dengan Rusalka, menulis 13 opera; dan penggubah Leoš Janáček mendapat pengiktirafan antarabangsa pada abad ke-20 untuk kerjaseni beliau Jenůfa, The Cunning Little Vixen, dan Káťa Kabanová.

Tokoh penting untuk opera kebangsaan Hungary ialah penggubah Ferenc Erkel, yang bentuk kerjanya banyak berkaitan dengan tema sejarah. Antara opera-opera terbaik beliau alah Hunyadi László dan Bánk bán. Opera moden Hungary yang terkenal ialah hasil kerja penggubah Béla Bartók untuk Duke Bluebeard's Castle. [9]