Orang Cina di Johor

Johor merupakan antara negeri yang maju dimana terdiri daripada pelbagai jenis kaum. Sehubungan itu, orang Cina di Johor adalah golongan minoriti besar dengan populasi pada tahun 2010 adalah seramai 1,034,713 orang, iaitu sebanyak 33.6 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negeri ini. Kebanyakan orang Cina di Johor menetap di bandar-bandar besar terutamanya Johor Bahru, iaitu di ibu negerinya dan juga di daerah-daerah lain.