Orang_Amerika_Jerman

Orang Amerika Jerman terdiri daripada 51 juta orang (17% penduduk A.S.), dan juga kelompok keturunan terlapor kendiri yang terbesar di Amerika Syarikat.[1] Negeri-negeri California, Texas dan Pennsylvania mempunyai bilangan penduduk berketurunan Jerman yang terbesar, tetapi negeri-negeri Midwest atas, termasuk Iowa, Minnesota, Wisconsin, Nebraska, Dakota Utara dan Selatan, mempunyai perkadaran keturunan Jerman terbesar iaitu lebih satu pertiga.[2]Tak satu negeri Jerman bersejarah ada koloni seberang laut, sehinggalah 1680-an barulah penghijrah Jerman tiba secara besar-besaran di jajahan British di benua Amerika Utara, terutamanya di New York dan Pennsylvania. Gelombang penghijrahan besar-besar berterusan ketika abad ke-19, ketika kira-kira lapan juta orang tiba dari Jerman. Mereka tertarik oleh kebebasan memiliki tanah dan beragama, sambil terhalau dari Eropah akibat kekurangan tanah serta penindasan agama dan politik. Mereka tiba untuk mencari kebebasan agama atau politik, atau mengharapkan peluang ekonomi yang lebih besar daripada di Eropah, ataupun semata-mata memulakan kehidupan baru di Dunia Baru. Ketikaan sebelum tahun 1850 terdiri kebanyakannya daripada golongan petani yang mencari tanah yang paling subur untuk menjayakan teknik pertanian intensif mereka. Selepas tahun 1840, ramai yang tiba ke kawasan bandaraya, di mana timbulnya daerah-daerah penutur bahasa Jerman atau "Germania".[3][4][5]Orang Amerika berketurunan Jerman sentiasa meninggalkan pengaruh di hampir setiap bidang dalam masyarakat Amerika Syarikat, baik sains mahupun seni bina, perindustrian, sukan, hiburan, keagamaan, kerajaan dan tentera. Jeneral-Jeneral Baron von Steuben, John Pershing, Dwight Eisenhower, dan Norman Schwarzkopf masing-masing memerintah Tentera Darat Amerika Syarikat di Perang Revolusi Amerika, Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, dan Perang Teluk. Ramai rakyat Amerika Jerman memainkan peranan penting dalam perindustrian dan perniagaan, termasuklah John D. Rockefeller, William Boeing, Walter Chrysler, dan Donald Trump. Jurutera Jambatan Brooklynn John A. Roebling dan jurubina Walter Gropius, adalah antara yang meninggalkan mercu tanda negara, manakala Albert Einstein dan Wernher von Braun adalah antara yang meninggalkan pusaka kecendekiawanan. Tidak lupa juga, nama-nama seperti Babe Ruth, Lou Gehrig, Jack Nicklaus, Doris Day, dan Leonardo DiCaprio yang menjadi ahli sukan atau seniman terkenal.[6]Kaum Amerika Jermanlah yang mengasas tadika-tadika terawal di Amerika Syarikat,[7] memperkenalkan tradisi pokok Krismas,[8][9] serta mencipta masakan Amerika popular seperti hot dog dan hamburger.[10] Selain itu, orang Amerika Jerman turut menguasai industri pembuatan bir secukupnya dalam sejarah Amerika Syarikat, bermula dengan kilang bir yang diasaskan pada abad ke-19 oleh pendatang Jerman seperti Eberhard Anheuser, Adolphus Busch, Adolph Coors, Frederick Miller, Frederick Pabst, dan Joseph Schlitz,[11] lalu diwariskan kepada pengusaha bir masa kini seperti Karl Strauss.[12][13][14][15][16][17]Seperti dengan ramai lagi kaum pendatang ke Amerika Syarikat, sejumlah besar orang berketurunan Jerman, baik berdarah penuh mahupun kacukan, sudah "diamerikakan" pada dasarnya, iaitu tidak lagi bertutur bahasa Jerman sebagai bahasa ibunda dan tidak mengutamakan budaya Jerman.

Rujukan

WikiPedia: Orang_Amerika_Jerman http://baseballguru.com/egartman/analysisericgartm... http://www.germanamericanhistory.com/ReliousBeginn... http://news.google.com/newspapers?id=zh8qAAAAIBAJ&... http://pqasb.pqarchiver.com/latimes/access/4351064... http://pqasb.pqarchiver.com/latimes/access/6639388... http://pqasb.pqarchiver.com/latimes/access/6641967... http://pqasb.pqarchiver.com/latimes/access/6662080... http://pqasb.pqarchiver.com/sandiego/access/124694... http://news.harvard.edu/gazette/1996/12.12/Profess... http://digital.library.wisc.edu/1711.dl/AmerLangs