Istilah Orang_Belanda

Istilah Belanda membayangkan banyak makna, seperti yang tersenarai di bawah.

  1. "Belanda" boleh merujukkan kepada jumlah penduduk negara Belanda. Nyatalah bahawa Kerajaan Belanda termasuk Kepulauan Carribean dengan penduduk berbeza kaum yang merupakan penduduk negara mahupun tidak dan oleh itu, wujudnya istilah "Nederlanders".
  2. "Belanda" boleh merujuk kepada mereka yang memiliki kerakyatan dan kewarganegaraan Belanda (yang pada dasarnya adalah sama di bawah undang-undang Belanda). Oleh itu, istilah Nederlander di bawah undang-undang kerakyatan menandakan warganegara Kerajaan Belanda dan justera itu, juga merangkumi orang-orang bukan daripada kelompok etnik Belanda.
  3. "Belanda" boleh merujuk kepada negara Belanda.
  4. "Belanda" boleh merujuk kepada kelompok etnik Belanda. Orang etnik Belanda adalah mereka yang mempunyai keturunan Belanda penuh atau separa. Di negara Belanda, istilah "kelompok etnik" pada praktiknya bersifat akademik. Istilah piawai yang umumnya digunakan ialah volk yang bergantung kepada konteks, boleh membayangkan negara mahupun kelompok etnik.
  5. Akhirnya, "Belanda" juga boleh merujuk kepada keturunan-keturunan penghijrah Belanda. (Perhatikanlah bahawa orang Belanda Pennsylvania tidak termasuk dalam kategori ini. Oleh itu, istilah ini merupakan nama yang tidak padan bagi sebilangan kecil orang berketurunan Jerman). Dalam rencana ini, hanya mereka yang mempunyai hubungan terkini dengan Belanda dipertimbangkan.

Rujukan

WikiPedia: Orang_Belanda http://www.abs.gov.au/ausstats/abs@.nsf/7d12b0f676... http://www.britannica.com/eb/article-9036579/Germa... http://prussianpoland.com/neumark.html http://www.bmas.bund.de/BMAS/Redaktion/Pdf/auslaen... http://oit.boisestate.edu/sknox/thesis/chapt4.html http://history.wisc.edu/sommerville/351/351-082.ht... http://www.populstat.info/Asia/indonesc.htm http://www.dutchmalaysia.net/press/Easternization.... http://roepstem.net/francois_boom.html http://www.20eeuwennederland.nl/themas/vreemdeling...