Orang_Belanda_Hitam
Orang_Belanda_Hitam

Orang_Belanda_Hitam

Orang Belanda Hitam (Tulisan Jawi: اورڠ بلندا هيتم; bahasa Belanda: Zwarte Hollanders; bahasa Jawa: Londo Ireng)[1] ialah rekrut Afrika Barat yang didatangkan dari Elmina (sekarang terletak di Ghana),[2] untuk berkhidmat dengan Tentera Diraja Hindia Timur Belanda (Koninklijk Nederlands Indisch Leger, KNIL) yang bertugas di Hindia Timur Belanda (sekarang Indonesia).Antara tahun 1831 hingga 1872, lebih daripada tiga ribu orang Afrika direkrut dari Gold Coast Belanda untuk berkhidmat sebagai askar kolonial di Hindia Timur Belanda. Perekrutan ini sebenarnya sebuah langkah darurat oleh sebab tentera Belanda kehilangan beribu orang tentera Eropah dan sebilangan tentera bumiputera yang lebih besar dalam Perang Jawa menentang Diponegoro. Belanda mengikut contoh kuasa-kuasa kolonial lain pada zaman itu seperti United Kingdom dan Perancis yang merekrut anggota dari Afrika untuk berkhidmat di tanah-tanah jajahan lain. Rasionalnya ialah anggota tentera asing tidak berkemungkinan bersimpati dengan penduduk asli dalam pergeseran mereka dengan kuasa penjajah. Dalam kes orang Afrika dan KNIL, hampir semua anggota direkrut daripada kalangan bekas hamba. Perekrutan berakhir pada tahun 1872 selepas Elmina bertukar tangan kepada United Kingdom berikutan Perjanjian Sumatera 1871.Sebilangan orang Afrika pulang ke negara asal di Afrika Barat selepas tamat perkhidmatan, akan tetapi sebilangan besar juga menetap di Hindia Timur Belanda selepas berkahwin dengan wanita tempatan. Waris-waris mereka dianggap sebagai sebahagian masyarakat Indo-Eropah. Selepas Perang Dunia Kedua dan kemerdekaan Hindia Timur Belanda sebagai negara Indonesia, kebanyakan mereka berpindah ke Belanda.

Rujukan

WikiPedia: Orang_Belanda_Hitam http://epress.lib.uts.edu.au/journals/index.php/Tf... http://books.google.com/books?id=zWoMfgmS8WkC http://media.kompasiana.com/ http://media.kompasiana.com/buku/2012/01/31/sejara... http://books.google.co.id/books?ei=eoIZVObzBsTJuAT... http://books.google.co.id/books?ei=j6pHVN6aLcyxuQS... http://books.google.co.id/books?ei=uEcpVPemNoqKuAT... http://books.google.co.id/books?id=N4_on188WJwC&pg... http://books.google.co.id/books?id=b_K2AAAAIAAJ&q=... http://books.google.co.id/books?id=fr4hAQAAIAAJ&q=...