Orang_Cham
Orang_Cham

Orang_Cham

Orang Cham (Bahasa Cham: Urang Campa, Bahasa Khmer: ជនជាតិចាម, Bahasa Vietnam: người Chăm) adalah kelompok etnik di Asia Tenggara. Mereka berpusat antara wilayah Kampong Cham negara Kemboja dan di bahagian tengah serta selatan negara Vietnam terutamanya di kawasan Phan Rang-Thap Cham, Phan Thiết, Bandaraya Ho Chi Minh dan An Giang. Kira-kira 4,000 orang Cham juga tinggal di Thailand; kebanyakan mereka turut berhijrah ke ibu negaranya, Bangkok iaitu pada masa pemerintahan Raja Rama I dan juga wilayah Selatan Thai seperti Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla untuk berkerja, menuntut ilmu dan menetap sebagai rakyat Thailand berketurunan etnik minoriti Melayu Thai, di mana golongan yang mendapat kerakyatan negara itu dianggap sebagai sub-suku bangsa minoriti tersebut. Orang Cham membentuk komuniti orang Islam di Kemboja dan Vietnam.[7]Suku Cham adalah saki-baki dari Kerajaan Champa (kurun ke-7 hingga 15). Mereka berkait rapat dengan Orang Austronesia dan bertutur bahasa Cham, sebuah bahasa rumpun Melayu-Polinesia yang termasuk dalam keluarga Bahasa Austronesia.

Orang_Cham

Perancis 1,000
Malaysia 10,000
Thailand 4,000
Kemboja 317,000[1]
Vietnam 127,000[2]
Amerika Syarikat 3,000
Laos 15,000[3]