Orang_Hui
Orang_Hui

Orang_Hui

Kumpulan etnik Hui (回) tidak berkaitan dengan dialek Hui (徽).Orang Hui (Bahasa Cina: ; pinyin: Huízú, Xiaoerjing: حُوِ ذَو ) ialah satu kumpulan etnik orang Cina, yang biasanya dibezakan dengan amalan agama Islam mereka. Mereka membentuk satu daripada 56 buah kumpulan minoriti yang secara rasminya diiktiraf oleh Republik Rakyat China. Mereka bertumpu di barat laut China (Ningxia, Gansu, Xinjiang), tetapi komuniti ini wujud di seluruh negara China. Kebanyakan budaya orang Hui menyamai orang Han kecuali mereka adalah pengamal ajaran Islam, hasilnya mereka mempunyai beberapa ciri-ciri kebudayaan yang tersendiri. Contohnya, sebagai orang Islam, mereka tidak memakan babi yang merupakan daging yang biasa dimakan dalam budaya Cina, dan mereka juga tidak memakan anjing, kuda, kebanyakan burung serta haiwan-haiwan lain yang dianggap istimewa dalam masakan Cina. Kod pakaian mereka juga hanya berbeza iaitu lelaki dewasa memakai kopiah putih dan wanita dewasa memakai tudung atau (kadang-kala) purdah sebagaimana yang biasa dalam budaya Islam.Dalam penggunaan moden, definisi Hui tidak membabitkan kumpulan-kumpulan etnik seperti Uyghur, yang tinggal di China dan mengamalkan ajaran Islam, tetapi adalah orang Turkik dan dengan itu berbeza budaya daripada orang Han. Contohnya, di Xinjiang-Kawasan Autonomi Ugyhur, yang didiami oleh 10% orang Hui, orang Hui mempunyai identiti etnik yang tersendiri berbanding orang Ugyhur, Kazakh, dan Kyrgyz yang merupakan orang-orang Turkik.Termasuk di kalangan orang Hui menurut statistik bancian China (dan tidak diiktiraf secara rasmi sebagai sebuah kumpulan etnik terpisah) adalah seribu orang Utsul di wilayah selatan Hainan, yang bertutur dalam sebuah bahasa Austonesia, bahasa Tsat yang berkaitan dengan bahasa minoriti Islam Champa Vietnam, dan yang dikatakan berketurunan orang Champa yang berhijrah ke Hainan.Istilah tradisional Cina bagi Islam ialah 回教 (pinyin: Huíjiào, secara harfiah bererti "agama orang Hui"), walaupun istilah yang paling tersebar luas adalah transliterasi 伊斯蘭教 (pinyin: 'Yīsīlán jiào, secara harfiah bererti "agama Islam").