Orang_India_di_Pulau_Pinang

Orang India Pulau Pinang (Bahasa Tamil: பினாங்கு இந்தியர்கள்) rakyat Malaysia yang tinggal di Pulau Pinang dan berasal dari India.Ramai yang keturunan dari orang-orang yang berhijrah dari India semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Namun, sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa kaum India tiba di Pualu Pinang sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Kaum ini terkenal kerana pengaruh mereka terhadap budaya masyarakat Pulau Pinang. Selain itu, kaum India di Pulau Pinang adalah antara etnik yang paling berjaya di Malaysia. Ia boleh dibuktikan dengan perlantikan Dr P.Ramasamy sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang. Ia menjadikan beliau keturunan India yang pertama untuk memegang jawatan timbalan ketua menteri di mana-mana negeri Malaysia[2].Selain itu Sekolah Vernakular Tamil pertama di Malaysia ditubuhkan di Pulau Pinang