Orang_Kanaq

Orang Kanaq merupakan salah satu dari 18 buah suku yang membentuk kaum Orang Asli di Malaysia. Mereka tergolong di dalam kumpulan Melayu Proto iaitu salah satu dari tiga kumpulan utama kaum Orang Asli.Orang Kanaq merupakan suku kaum Orang Asli yang paling sedikit jumlahnya iaitu kira-kira 83 orang sahaja. Bahasa pertuturan mereka seakan-akan bahasa Melayu dengan lenggok bahasa yang agak kasar.