Orang_Kurdi
Orang_Kurdi

Orang_Kurdi

Orang Kurdi merupakan satu etnik yang menganggap diri mereka sebagai penduduk asli satu wilayah yang sering dirujuk sebagai Kurdistan, iaitu satu wilayah yang meliputi sebahagian Iran, Iraq, Syria dan Turki. Penduduk Kurdish juga dapat ditemui di Lebanon, Armenia, Azerbaijan dan sejak beberapa dekad lepas, di beberapa negara Eropah serta Amerika Syarikat. Kaum Kurdi ini memiliki hubungan yang rapat dengan orang Iran. Mereka menggunakan bahasa Kurdi, satu cabang bahasa India-Eropah daripada cabang bahasa Iran.Berdasarkan sejarah, bangsa Kurdi tidak pernah berhenti daripada memperjuangkan kemerdekaannya, dan kerana sebab ini telah berperang melawan Sumeria, Asyur, Parsi, Mongolia, Tentera Salib Eropah serta Turki. Kaum ini yang mempunyai anggaran jumlah penduduk seramai 30 juta orang merupakan salah satu kelompok etnik terbesar di dunia yang tidak memiliki negara bangsa yang tersendiri. Pada abad ke-20, Turki, Iran dan Iraq telah menghapuskan siri-siri pemberontakan yang dilakukan oleh kaum Kurdi.