Orang_Laut
Orang_Laut

Orang_Laut

Istilah Orang Laut secara umumnya merangkumi pelbagai jenis suku dan kelompok kecil yang mendiami persisiran pantai dan pulau-pulau luar persisir di selatan Semenanjung Malaysia, timur Pulau Sumatera serta pulau-pulau dan muara sungai di Kepulauan Riau-Lingga, Kepulauan Batam, Pulau Tujuh dan Pulau Singapura.[1] Mereka adalah penduduk pribumi di selatan Semenanjung Malaysia, Singapura dan timur Pulau Sumatera, Indonesia.Orang Laut tinggal di dalam sejenis rumah perahu yang dipanggil 'sampan panjang'. Mereka lebih gemar tinggal di dalam sampan panjang di permukaan laut daripada hidup di atas darat.[2] Malahan mereka juga sering berpindah-randah dan berkelana dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kaum Orang Laut memiliki banyak persamaan dengan orang Melayu dari segi kebudayaan dan bahasa. Bahasa kaum ini dikenali sebagai bahasa Orang Laut yang merangkumi pelbagai jenis loghat suku. Mereka pada umumnya mencari rezeki dengan bekerja sebagai nelayan.