Orang_Malagasy

Orang Malagasy (bahasa Perancis: Malgache) merupakan kumpulan etnik yang membentuk majoriti populasi Madagascar. Mereka terbahagi kepada dua subkumpulan: penghuni tanah tinggi Merina, Sihanaka dan Betsileo di sekitar Antananarivo, Alaotra (Ambatondrazaka) dan Fianarantsoa, dan penghuni persisiran pantai (cĂ´tiers). Pembahagian ini berakar dari sejarah pendudukan: kaum asli Austronesia yang sampai di antara kurun ketiga dan ke-10 yang membuat komuniti di tanah tinggi untuk menanam padi. Kemudian, penduduk dari Afrika Timur datang dan mendirikan kerajaan di sepanjang persisiran pantai yang tidak dihuni.