Orang Melayu Cocos merupakan masyarakat yang membentuk kumpulan etnik terbesar yang menetap di
Kepulauan Cocos (Keeling), yang kini menjadi sebahagian daripada wilayah milik
Australia. Orang Melayu Cocos berasal daripada keturunan peneroka Melayu dari bekas negeri
tanah jajahan British seperti
British Malaya (kini
Malaysia),
Singapura,
Brunei dan
Kepulauan Riau (dahulunya di bawah pemerintahan
Hindia Timur Belanda).
[2] Pada asalnya Pulau Cocos (Keeling) tidak dihuni oleh manusia sehinggalah masyarakat Melayu membentuk komuniti utama di sini.Golongan Melayu perintis yang dipercayai pertama kali tiba dan menetap di Kepulauan Cocos (Keeling) adalah daripada kalangan
harem dan
hamba abdi. Mereka dibawa masuk oleh
Alexander Hare, petualang Inggeris pada tahun 1826. Pada tahun 1827 John Clunies-Ross menukar kehidupan para penduduk Melayu ketika beliau tinggal di Kepulauan Cocos bersama dengan keluarganya. Terdapat
orang Melayu yang sejumlah besarnya berasal dari
Tanah Melayu bekerja dengan Clunies-Ross untuk membantunya menanam
pokok kelapa dan menuai hasil kelapa. Pada bulan September 1978, keluarga Clunies-Ross telah menjual Kepulauan Cocos (Keeling) kepada kerajaan
Australia. Sejak itu, Ketua Negara ialah
Ratu Elizabeth II, diwakili oleh Penyelia Gabenor Jeneral pada masa ini B. Cunningham. Ketua Dewan Kepulauan Haji Wahin Bynie.