Orang_Melayu_Cocos
Orang_Melayu_Cocos

Orang_Melayu_Cocos

Orang Melayu Cocos merupakan masyarakat yang membentuk kumpulan etnik terbesar yang menetap di Kepulauan Cocos (Keeling), yang kini menjadi sebahagian daripada wilayah milik Australia. Orang Melayu Cocos berasal daripada keturunan peneroka Melayu dari bekas negeri tanah jajahan British seperti British Malaya (kini Malaysia), Singapura, Brunei dan Kepulauan Riau (dahulunya di bawah pemerintahan Hindia Timur Belanda).[2] Pada asalnya Pulau Cocos (Keeling) tidak dihuni oleh manusia sehinggalah masyarakat Melayu membentuk komuniti utama di sini.Golongan Melayu perintis yang dipercayai pertama kali tiba dan menetap di Kepulauan Cocos (Keeling) adalah daripada kalangan harem dan hamba abdi. Mereka dibawa masuk oleh Alexander Hare, petualang Inggeris pada tahun 1826. Pada tahun 1827 John Clunies-Ross menukar kehidupan para penduduk Melayu ketika beliau tinggal di Kepulauan Cocos bersama dengan keluarganya. Terdapat orang Melayu yang sejumlah besarnya berasal dari Tanah Melayu bekerja dengan Clunies-Ross untuk membantunya menanam pokok kelapa dan menuai hasil kelapa. Pada bulan September 1978, keluarga Clunies-Ross telah menjual Kepulauan Cocos (Keeling) kepada kerajaan Australia. Sejak itu, Ketua Negara ialah Ratu Elizabeth II, diwakili oleh Penyelia Gabenor Jeneral pada masa ini B. Cunningham. Ketua Dewan Kepulauan Haji Wahin Bynie.