Orang_Melayu_Indonesia

Orang Melayu Indonesia (Tulisan Jawi: ملايو ايندونيسيا) ialah suku Melayu yang tinggal di sepanjang Indonesia, sebagai salah satu suku asli negara pulau tersebut. Indonesia mempunyai penduduk Melayu kedua besar selepas Malaysia. Menurut sejarah, Bahasa Indonesia, iaitu bahasa kebangsaan Indonesia, berasal daripada Bahasa Melayu yang ditutur di Riau, sebuah provinsi di Sumatera. Ada beberapa bilangan kerajaan Melayu di Indonesia yang meliputi pulau Sumatera dan Kalimantan, yang mana sesetengahnya yang terkenal ialah Srivijaya, Kerajaan Melayu, Kesultanan Deli, Kesultanan Johor-Riau dan Kesultanan Sambas.Definisi Melayu di Indonesia adalah berbeza dengan definisi Melayu di Malaysia. Di Indonesia, kelompok Melayu dibahagikan kepada dua, iaitu Melayu pesisir (Coastal Malays) yang mendiami sepanjang pantai barat Sumatera, serta Melayu Kalimantan (Borneo Malays), yang bertaburan di seluruh Pulau Borneo. Lain-lain rumpun Melayu tidak dianggap sebagai ’Melayu’, melainkan dikenali dengan nama etnik masing-masing. Ini termasuklah Acheh, Minang, Jawa, Mandailing, dan sebagainya.[2]