Kumpulan Orang_Melayu_Malaysia

Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza:-

ANAK JATI

Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka aialah satu daripada tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:-

  • Orang Melayu Kedah
  • Orang Melayu Perak
    • Orang Melayu Kinta
    • Orang Melayu Beruas/Manjung
    • Orang Melayu Grik
  • Orang Kelang
  • Orang Melayu Kelantan
  • Orang Melayu Terengganu
    • Orang Melayu Terengganu Pantai
    • Orang Melayu Ulu Terengganu
  • Orang Melayu Pahang
    • Orang Melayu Bentong
    • Orang Melayu Lipis
    • Orang Melayu Temerloh
  • Orang Melayu Melaka
  • Orang Melayu Johor
  • Orang Melayu Brunei
  • Orang Melayu Sarawak

ANAK DAGANG

Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia dan selatan Thailand dan lain-lain. Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh yang berbeza iaitu:-

PERANAKAN

Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil daripada perkahwinan campur antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka ialah:-

  • Peranakan Parsi
  • Peranakan Arab
  • Jawi Peranakan/Jawi Pekan/Peranakan Kling/Malabari/India/Mamak
  • Peranakan Cina
  • Peranakan Turki
  • Peranakan Siam/Samsam
  • Peranakan Eropah
  • Peranakan Khmer