Orang_Negrito
Orang_Negrito

Orang_Negrito

Orang Negrito atau Orang Semang ialah salah satu kaum Orang Asli di Malaysia dan merupakan kumpulan manusia moden pertama yang memasuki dan mendiami Semenanjung Tanah Melayu, mereka berasal dari Afrika dan berhijrah ke rantau nusantara sejak 50,000 tahun dahulu. [1][2][3][4][5][6][7]Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.Di Kedah dan Perak, mereka dikenali sebagai orang-orang Semang dan di Kelantan sebagai orang-orang Pangan. Orang-orang Negrito mempunyai tubuh badan yang kecil dan berambut kerinting. Orang-orang Negrito juga terdapat di Filipina, dan Australia. Orang-orang Negrito yang terdapat di Filipina dikenali sebagai Aetas, dan mereka yang terdapat di Australia dikenali sebagai Orang Hitam.Orang Negrito juga menggemari lemang, [8] sama seperti suku Semai.[9]Orang Negrito merupakan beberapa kelas kelompok etnik yang mendiami bahagian terpencil di Asia Tenggara.[10]Populasi masa kini mereka termasuk 12 kaum Andamanese di Kepulauan Andaman, enam suku Semang di Malaysia, orang Mani di Thailand, orang Aeta, orang Ati, dan 30 suku kaum etnik Filipina. Laporan dari pedagang British turut mengatakan mengenai orang negrito di Borneo (Sarawak). (Journal of the Malayan Branch Royal Asiatic Society, Vol. XXIX, part 1, 1956)Orang Negrito merupakan populasi manusia yang paling berbeza dari segi genetik berbanding Afrika pada kebanyakan Locus/loci yang dikaji sehingga kini, kecuali bagi MC1R, yang merupakan kod bagi kulit gelap).Mereka juga telah dibuktikan sebagai berpisah awal dari orang Asia, mencadangkan bahawa mereka sama ada yang terselamat dari keturunan penduduk awal migrasi dari Afrika, biasanya dikenali sebagai Proto-Australoid, atau mereka merupakan keturunan dari populasi pengasas manusia moden.[11]