Orang_Roma
Orang_Roma

Orang_Roma

Orang Roma merupakan suatu kumpulan etnik Indo-Arya yang bertaburan secara berpindah-randah kebanyakannya di benua-benua Eropah dan Amerika; mereka didapati berasal dari utara subbenua India utara[26][27][28] merangkumi rantau Rajasthan, Haryana dan Punjab di India moden.[27][28]Kependudukan masyarakat ini paling tertumpu terutamanya di Eropah Tengah, Timur dan Selatan (termasuk Turki, Sepanyol dan Perancis Selatan). Romani berasal dari India utara dan tiba di Asia Barat dan Eropah sekitar 1,000 tahun yang lalu.[29] Masyarakat ini telah dikaitkan dengan satu lagi rumpun etnik Indo-Aryan, orang Dom : kedua-dua kumpulan ini dikatakan telah berkongsi suatu leluhur yang sama[30] yang berhijrah meninggalkan India Utara antara abad ke-6 hingga ke-11.[29] Sebahagian daripada masyarakat ini telah berhijrah ke benua-benua Amerika Utara dan Selatan bermula pada abad ke-19[31] - terdapat sejumlah satu juta orang penduduk berketurunan masyarakat ini di Amerika Syarikat; Brazil pula dihuni kira-kira 800,000 orang berketurunan ini, sebahagiannya datang hasil pemindahan paksa dilakukan Empayar Portugis semasa Pasitan dilakukan di kerajaan tersebut.[32]Masyarakat ini sering dikenali umum sekurang-kurangnya keitka zaman dahulu dengan nama Gipsi (Gypsy); walhal sesetengah golongan yang disasarkan ini menganggap ia istilah yang kasar atau merendahkan kerana konotasi ia dengan perwatakan haram dan ketidakteraturan.[33]

Rujukan

WikiPedia: Orang_Roma http://romafacts.uni-graz.at/index.php/history/gen... http://rombase.uni-graz.at//cgi-bin/art.cgi?src=da... http://rombase.uni-graz.at//cgi-bin/artframe.pl?sr... http://censusresults.nsi.bg/Census/Reports/2/2/R7.... http://www.nsi.bg/bg/content/12037/basic-page/%D0%... http://www.dhnet.org.br/direitos/sos/ciganos/a_pdf http://www.britannica.com/topic/Rom http://www.csmonitor.com/World/Europe/2008/0213/p0... http://www.ethnologue.com/language/rmy http://www.euractiv.com/security/situation-roma-fr...